Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tahun Baru Dan Azam Baru 2016

Tahun Baru Dan Azam Baru 2016 - Selamat datang 2016. Tahun baru bakal membuka lembaran baru kepada kita semua. Sejarah akan tercipta lagi, harapan baru ditempuhi dengan cekal. Yang lepas biarlah berlalu. Tahun 2015 yang ditinggalkan tersimpan kemas seribu satu kenangan dan pencapaian. Jika berjaya, alhamdulillah. Jika gagal cuba lagi dalam tahun 2016. Usah mengalah.

Menjelang tahun baru 2016, azam dan harapan pun diperbaharui. Banyak hadiah buat diri sendiri hendak diberikan tetapi apakan daya, mampukah aku? Mampukah kamu? Atau...kita boleh sama-sama berjaya. Insyaa Allah, semuanya mampu dicapai andai ada usaha, doa & istiqamah.

Azam Tahun Baru 2016


Azam tahun baru 2016 yang ditulis di bawah adalah khas untuk blog ini. Tiada kena mengena dengan azam tahun baru owner blog ya..hihi. Jom tengok apa azam tahun baru aynorablogs.com:-

1. Meningkatkan page views blog kepada lebih 50,000 sehari

2. Sepanjang tahun 2016 mahu hasilkan 1000 artikel, (heheh...yakin mampu)

3. Mahu lebih aktif join affiliate, untuk jana income lebih tinggi

4. Mengiktiraf top commentator dengan sedikit saguhati, {yang penting ikhlas..}

5. Saya akan update dari semasa ke semasa..(ok kan??)


Tahun Baru Dan Azam Baru 2016 

Selain daripada itu, saya bercadang menghasilkan satu eBook yang mengumpulkan petua-petua tradisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Insyaa Allah. Semoga dipermudahkan semuanya.

Namun jika semua azam dan harapan tahun 2016 tidak kesampaian, saya tetap yakin. Ada sesuatu yang Allah SWT rencanakan untuk saya dan masanya belum tiba untuk saya mengecapinya. 

Yakinlah kepada Allah semata-mata. Dialah satu-satunya yang Maha Mengetahui yang rahsia dan yang nyata.

Selamat tahun baru 2016 dari aynorablogs.com..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close