Jangan Suka Menghina Orang Lain

aynora nur | 05 February, 2016,1:00 PM |
Advertisement
Aynorablogs.Com - Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Ingatkah anda pesanan ini datangnya daripada siapa? Ya, pesanan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Saidina Umar al Khattab. Umar al Khattab adalah khalifah kedua selepas kewafatan Rasulullah. Beliau seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan agama Islam, juga seorang pemerintah yang tegas, adil, amanah dan cekap. Selain itu beliau juga berfikiran terbuka.

Ada banyak nasihat yang ditinggalkan oleh Umar al Khattab dan salah satunya adalah orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Jangan Suka Menghina Orang Lain

Umar al Khattab ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika itu beliau memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Malah beliau sendiri yang mengangkat guni-guni gandum dan minyak untuk diberi kepada golongan yang memerlukan.

Jangan Suka Menghina Orang Lain


Biasanya apabila seseorang suka menghina orang lain disebabkan kemiskinan, cacat anggota atau tidak ada kelulusan adalah seorang yang sombong dan ego. Setiap manusia ada kekurangan atau kelebihan, tetapi yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah kerana ketakwaannya bukanlah kerana fizikal yang cantik atau harta yang banyak. Orang yang bersikap suka menghina akan mendapat balasan di dunia lagi nanti di akhirat dia juga akan dihina.

Firman Allah SWT maksudnya : 
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)
Sebab-Sebab turun ayat di atas:

Diriwayatkan bahawa ayat diatas diturunkan kerana utusan Tamim telah menghina golongan fakir miskin dari kalangan sahabat Nabi SAW. seperti Bilal, 'Ammar, Shuhaib, Khabbab, Ibnu Fuhairah, Salman Al Farisy, Salim maula Abi Huzaifah dan lain lain.

Ada pula riwayat lain: Bahawa Shafiah Binti Huyay Ibn Akhtab r. ha. telah mengadu kepada Nabi SAW bahawa madu-madunya telah memanggilnya dengan panggilan: Hei Yahudi Binti Yahudi. Jawab Nabi SAW.: Mengapa engkau tidak katakan (kepada mereka) : Ayahku Harun, pamanku Musa dan suamiku Muhammad.

Dari Abi Hurairah katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat hatimu dan amalanmu". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Ayat dan hadis diatas seolah-olah ingin menyatakan kepada kita bahawa sanjungan yang diberikan atau cacian yang dilemparkan kepada seseorang bukanlah suatu ukuran yang pasti. Demikian juga dengan amalan seseorang, apakah baik amalannya ataupun buruk. Dia bukanlah ukuran mutlak.

Barangkali orang yang pada zahirnya baik dan banyak amalnya, tetapi Allah SWT lebih Mengetahui barangkali di dalam hatinya ada tersemat sifat tercela yang boleh mengakibatkan amalannya tidak diterima oleh Allah SWT. Barangkali juga ada orang yang pada zahirnya tidak beramal soleh malahan banyak berbuat maksiat, tetapi Allah Maha Mengetahui di dalam hatinya ada sifat terpuji, dia banyak bertaubat kepada Allah SWT tanpa diketahui oleh orang lain yang mana kerana sifat itu akhirnya ia berhak mendapat keampunan Allah SWT.

Wallahua'lam..
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Jangan Suka Menghina Orang Lain "

Ya.

jangan hina orang lain.

tak best kalau kean kat diri sendiri.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top