Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PV Naik 13 Juta Dalam Masa 2 Minggu

PV Naik 13 Juta Dalam Masa 2 Minggu. Alhamdulillah. Alahai ramadhan bulan mulia. Bulan kesayanganku. Ramadhan penuh rahmat. Di sebalik ujian ada ampunan yang Allah tawarkan. Tugas kita hanya bersabar dan solat. Allah tak suruh pun kita selesaikan masalah kita. Ya tak?

Dalam bulan ramadhan ni, banyak rezeki yang masuk melalui blog aynorablogs. Pendapatan Google Adsense paling membanggakan bila saya boleh dapat USD10 untuk hampir setiap hari. Suka sangattt...;);)

Lain-lain income melalui agen affiliate klikjer.com, bookcafe, Tudung Sicomel, Sweet muslimah & semestinya Nuffnang. Hihi...
 

PV Naik 13 Juta Dalam Masa 2 Minggu 


Sungguh gembira rasanya bila lihat analisis di blogger.com mengenai aynorablogs. Pageviews (PV) blog naik mencanak dalam masa 2 minggu kita berpuasa. Semuanya gara-gara orang carik resepi berbuka puasa dan resepi kuih muih hari raya. Tetapi tak terlawan dengan blog orang kuat dunia resepi online iaitu Kak Azie dari Azie Kitchen & Azlita masam manis.

PV Naik 13 Juta Dalam Masa 2 Minggu

Lihatlah.

Banyak yang cari resepi kat blog ini. Walaupun saya tidak pandai mana, tetapi bolehlah juga cuba resepi mudah kemudian share kat blog. Atau, paling tidak saya kumpulkan resepi-resepi dari blog resepi dan kemudian beri credit kepada tuan punya blog. Saya hanya permudahkan orang cari resepi sedap-sedap dalam satu post.

Harap cara saya itu boleh memberi manfaat kepada orang ramai yang sedang cari resepi ringkas dan sedap.

Insyaa Allah.    

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close