Menurut penulis buku 101 Ways to Love Your Job: Stephanie Goddard Davidson, kita bekerja bukan semata2 kerana wang. Kita mahu gembira di tempat kerja, disukai ramai, dapat menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh yang dikhendaki, dan paling penting hati senang apabila balik rumah. Jadi, nak dapat benda2 tu semua kenalah pegang prinsip kat atas tadi, buat dan jadilah yang terbaik walau siapa pun kita!
Untuk jadi terbaik kenalah hormati orang lain, dengar pendapat rakan2 ataupun bos di tempat kerja. Jika kita rasa tak sesuai dengan fikiran kita, renungkan sejenak dengan akal fikiran, kemudian buat andaian yang positif. Barulah hati kita tenang bila balik rumah. Kalau kita dok asyik tak puas hati dengan orang...kita sendiri yang makan hati akhirnya.
#Aynora: Lebih baik bersikap 'slumber' dari terlalu sensitif pada benda yang remeh temeh.

Yup so true...be positive and put aside the negative feelings
ReplyDelete