Beli Loket Emas Ketika Harga Sedang Turun. Sebenarnya cara menyimpan emas yang betul adalah ketika emas naik atau turun harganya, kita konsisten membeli. Maksudnya kita kejar target berapa gram nak simpan setiap bulan atau setahun sekali. Terpulang pada cara masing-masing.


Loket emas yang saya beli ni minggu lepas harganya sekitar RM534.63 per gram. Saya beli berat sekitar 4.18 gram.

Info Yang Anda Cari:
Beli Loket Emas Ketika Harga Sedang Turun
Sekarang ni harga emas sedang mengalami penurunan. Faktor yang mempengaruhi harga emas turun adalah antaranya ketegangan dunia yang berkurang, jadi ia mengurangkan keperluan simpanan selamat (safe haven) oleh orang ramai.

Sewaktu artikel ini ditulis, harga emas berada pada RM492 untuk mutu emas 916. Ketika harga emas meningkat mendadak tahun lepas, emas 916 dijual pada RM618 per gram. Masa ni saya pun ada beli cincin emas Habib dimana harganya memang mahal la, tapi kerana rekaannya yang cantik.. saya beli juga😅😅
Harga Emas Semasa Hari Ini - setakat 28/7/2026
- Emas 999 (24K): RM537.41 / gram
- Emas 916 (22K): RM492.26 / gram
- Emas 835 (20K): RM448.73 / gram
- Emas 750 (18K): RM403.06 / gram
Bagi mutu emas yang berlainan, harganya pun berbeza-beza dan fungsi emas yang digunakan juga untuk mencipta hasil emas yang berbeza. Jadinya, jika korang nak ikat berlian, tak boleh dibuat pada emas 999 atau 916, kerana ia terlalu lembut. Cincin berlian biasa diikat bersama mutu emas 750 dan ke bawah.
Jika korang adalah seorang yang berhati-hati dalam menyimpan emas.. inilah waktunya anda boleh menyimpan emas kerana harganya boleh dikatakan berada pada paras rendah.
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.