Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Pisang Goreng Bersalut Tepung Rangup

Semalam (Ahad) hujan turun teramatlah lebatnya hinggakan perut asyik berkeroncong minta di isi. Jadi saya tercari2 apa yang sedap untuk dimakan dan amat mudah. Orang kata petik jari, terus siap. Acah aje tu...kiranya mudah dan cepatlah.

Soh, bila ternampak si nipah yang dah menguning, tangan pun gatal nak buat goreng pisang.



Bahan-bahan :

Pisang secukupnya (cth pisang nipah : dibelah dua)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
3 sudu makan minyak masak
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :

Satukan tepung, garam, minyak masak dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan.

Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm adunan tepung dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit. Panaskan minyak untuk goreng cara terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.

Gorenglah pisang hingga masak keemasan.

Yup! Itu aje...

Smile!!

##aynora nur: Mari kenyangkan perut yang lapar...



Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close