Header Ads Widget

Kerang Masak Lemak Cili Api

Advertisement
Kerang Masak Lemak Cili Api. Beli kerang dekat 2 kilo dekat pasaraya Maslee minggu lepas tapi tak masak-masak. Tanya anak bujang  kenapa tak masak lagi kerang dalam freeze tu? Di kata tunggu arahan dari ibu. Hmm.. terus saya kata masak hari ini. Terus terhasil kerang masak lemak cili api. Kalau ikut saya, lebih suka kerang rebus. Dah anak bujang nak buat ikut citarasa dia, kita pun okay je.

Kerang Masak Lemak Cili Api
Info Yang Anda Cari:

Kerang Masak Lemak Cili Api


Resepi / menu ni dimasak pada 2 malam lepas. Bila dah takde idea nak masak apa, maka dia masak kerang lemak cili api memang berapi. Saya tanya berapa ketul cili api masuk dalam masak lemak ni? Selamba dia jawab 15 biji. Wow, patutlah baru kena lidah sikit dah rasa pedasnya.

Kerang Masak Lemak Cili Api

Mudah je nak masak kerang lemak cili. Semuanya tumbuk-tumbuk atau blend, dan tumis dalam kuali. 

Bahan-bahan:

1 kg kerang (basuh bersih²)
15 biji cili api (kalau nk pedas sila tambah)
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
Sedikit asam keping/air asam jawa
100 ml santan pekat (tambahkan dengan air) 

Cara Memasak kerang lemak cili api


1. Kisar cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur.
2. Titikkan serai.

3. Masukkan semua bahan yang dikisar dan serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang. Jangan lupa masukkan asam keping.

4. Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa.

5. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak. Masak sehingga kulit kerang mula terbuka bolehlah tutup api.

Kerang Masak Lemak Cili Api

Kerang masak lemak cili api siap untuk di hidangkan. Dipadankan dengan kobis Cuba tumis kering. Alhamdulillah, sedap hingga menjilat jari.

Anak bujang ku ni memang suka memasak. Bila boring, kadang-kadang dia merayau kat HSA tempat kawan-kawan medic dia buat HO, bila semua urusan kat rumah telah selesai. Bukan apa, saja nak ambil mood katanya. 😅😅 Ibu doakan yang terbaik untuk anakanda dapat buat HO dalam masa terdekat ni, Insha Allah.

Baiklah, Selamat berehat..
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

0 Comments