Header Ads Widget

Gembirakan Ibu Bapa, Allah Redha

Advertisement
Redha Allah Bila Ibu Bapa Redha! Bukan mudah ya nak dapat Allah Redha, sifirnya mudah saja. Dapatkan redha ibu bapa. Macam mana nak buat dia orang redha pada kita? Lakukan yang baik, taat kepada keduanya dan juga sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka.

Daripada Abdullah bin 'Amr RA, beliau berkata; Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata; Aku datang untuk memberikan baiah kepadamu bagi tujuan berhijrah, sedangkan aku telah meninggalkan kedua orang tua ku dalam keadaan menangis. Lalu baginda SAW bersabda: "Pulanglah kepada mereka berdua dan buatlah mereka tertawa (gembira) sebagaimana engkau telah membuat mereka menangis!" (HR Abu Daud: 2166) Status: Hadis Sahih

Gembirakan Ibu Bapa, Allah Redha

Cara Mendapatkan Redha Ibu Bapa


Ada banyak cara mendapatkan redha Allah, salah satunya jangan derhaka kepada mereka. Derhaka kepada kedua ibu bapa hukumnya berdosa besar. Lain-lain cara mendapatkan redha ibu bapa adalah seperti berikut:

1.    Kewajipan anak ialah sentiasa mengembirakan kedua ibu bapanya. Menjaga perasaan dan menggembirakan ibu bapa merupakan sebahagian daripada tuntutan berbakti kepada mereka.
 
2.    Berbakti kepada ibu bapa adalah kewajipan besar selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada amal yang dapat menggantikan berbuat baik terhadap ibu bapa selagi mereka masih hidup.
 
3.    Berbakti kepada ibu bapa bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal dan kewangan, tetapi juga menjaga perasaan, menggembirakan hati serta mengelakkan kesedihan yang tidak wajar terhadap mereka.
 
4.    Rasulullah SAW menyuruh lelaki tersebut menggembirakan semula hati ibu bapanya, supaya ia menebus kesedihan yang telah ditimbulkan. Hal ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan hubungan emosi dan kasih sayang dalam keluarga, terutama terhadap kedua ibu bapa.
 
5.    Kasih sayang dan keizinan ibu bapa sewajarnya menjadi pertimbangan dalam setiap keputusan besar kehidupan kita apatah lagi jika ia melibatkan perasaan serta kebajikan ibu bapanya.
 
6.    Kebahagiaan ibu bapa adalah sebahagian daripada tanda keimanan dan akhlak yang mulia.
Info Yang Anda Cari:
7.    Rasulullah SAW mendidik umatnya bahawa berbakti terhadap ibu bapa adalah jalan paling hampir menuju keredaan Allah dan pintu ke syurga. Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan kedua orang tua. Hadis Nabi SAW:

رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا

“Reda Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” - (HR Tabrani dari Ibnu Umar).

8.    Lakukan sesuatu yang sentiasa membuatkan kedua orang tua kita gembira. Tidak ada hadiah yang berharga melainkan sesuatu yang membuatkan kedua ibu bapa gembira di dunia dan gembira di syurga.
 
9.    Bagi setiap anak yang masih memiliki kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya, buatlah sesuatu yang mengembirakan kedua mereka. Khidmat kepada ibu bapa merupakan medan amal soleh yang sangat besar nilainya di sisi Allah SWT.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

0 Comments