Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Bila Hero Kecil Cuba Melawak...

Salam sayang,

Monday yang indah. Semuanya berjalan dengan selamat. Minggu pertama tahun baru yang selesa dan selesai. Saya teringat-ingat hero saya berkata. Kekadang mencuit hati, dan ada kala ada gaya raja lawak aje percakapannya. Hero saya cukup selamba. Saya ada tiga hero yang saya kategorikan hero kecil, hero muda dan hero pencen (yg ini tau2 ajelah kan...).

 


Berbalik kepada hero kecil saya, satu hari ketika menonton tv dengan mak toknya, terkeluar cerita nak sekolahkan dia di sekolah berbahasa Inggeris (medium English). Tiba-tiba dia menyampuk,

"Tak nak sekolah itu."

Saya tanya kenapa. Dia jawab nak bersekolah kat sekolah Cina.

"Kawan Hazzim ada pergi sekolah Cina."

"Siapa nama dia?"

"Shafiq."

Saya cuba korek kenapa dia nak ke sekolah Cina. Dia jawab sebab dia nak satu sekolah dengan Shafiq. Itu saja jawapannya. So, saya tambah lagi,

"Shafiq pandai cakap Cina ke?"

"Pandai. Hazzim pun pandai."

Maka saya dan mak toknya begitu teruja untuk dengar perkatan pertama dari mulutnya dalam bahasa Cina.

"Cina!"

Saya terdiam. Mak toknya pun terdiam. Akhirnya berderai ketawa kami satu rumah sampai bergegar. Selepas itu dengan muka selamba dia boleh sambung bermain dengan sepupunya tanpa rasa apa-apa.
Anak O anak...

Apa2 pun, Smile!
(hero saya berumur 5 tahun...) 
aynora nur  


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments