Sebuah lagi drama korea terbaru yang mula ditayangkan di TV korea pada sekitar bulan September yg lepas. Drama Innocence Man ataupun juga dikenali Nice Guy pula sudah ditayangkan di negara kita sekitar awal bulan Oktober yg lalu di saluran Astro 391.
Plot
Mengisahkan Kang Ma-ru (dilakonkan oleh Song Joong-ki) seorang pelajar perubatan yang pintar dan rajin telah jatuh cinta separuh mati dengan jirannya bernama Han Jae-hee (dilakonkan oleh Park Si-yeon), seorang wartawan televisyen. Ma-ru boleh dikategorikan sebagai teman lelaki yang disenangi oleh Jae-Hee dan sering menghabskan masa bersama. Tetapi, apabila keadaan menjadi sebaliknya dan bertambah buruk, dan Jae-hee mencari jalan untuk keluar dari kesusahannya, dia bertemu dengan seorang lelaki yang telah mengubah segalanya - iaitu seorang CEO yang kaya raya dan memberikannya kemewahan. Jadi, Jae-hee berpaling kasih dan meninggalkan Ma-ru, memilih wang daripada cinta yang murni.
Dan, bila Eun-gi hilang ingatan akibat satu kemalangan, Ma-ru cuba mengambil kesempatan dan menjadikan Eun-gi sebagai cara untuk membalas dendam. Eun-gi jatuh cinta dengan Ma-ru, tidak sedar yang dirinya dijadikan batu loncatan oleh Ma-ru untuk merebut kembali bekas kekasihnya, Jae-hee, yang kini telah menjadi ibu tiri Eun-gi.
- Song Joong-ki as Kang Ma-ru
Moon Chae-won as Seo Eun-gi
- Park Si-yeon as Han Jae-hee
Dengan hero2 dan heroine yang cantik dan segak, saya percaya drama Innocence Man bakal diminati oleh peminat drama korea di negara kita. Selamat menonton.

suka tgk joongki!!nsem!
ReplyDeletehaah kan...babyface.
Deleteda tengok sampai ep 10 :)kat epdrama.. tunggu ep seterusnya... sangat BEST .. sgt SADDIS
ReplyDelete