Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Puding Jagung Ringkas

Resepi Puding Jagung Ringkas. Saya memang meminati kuih puding jagung. Sewaktu kecil dahulu, saya dapat merasa kuih puding jagung ini apabila ibu saya mahu memberi kuih untuk sesuatu majlis kenduri ataupun majlis perkahwinan jiran tetangga. Kuih puding juga sesuai sebagai makanan pencuci mulut.

Sekarang ni pun dah kurang orang yang menjual di mana-mana, kalau ada pun kena pre-order, baru dia buat. Kena rajin follow grup delivery makanan jawabnya.. hehe

Resepi Puding Jagung Ringkas



 

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 1 tin jagung tanpa krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/3 cawan susu cair
  • 3 suku cawan santan
  • Sedikit garam


Cara membuatnya:

Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas. Didihkan di atas api. Kacau hingga masak (seperti kelihatan pekat dan berminyak). Tuang ke dalam bekas. Siap untuk dihidangkan setelah sejuk.


p/s: Jangan risau, kan saya dah kata ringkas...so, memang ringkas kan?
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.