Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuat Baik Dibalas Baik, Sesungguhnya Rahmat Allah Itu Dekat

Berbuat Baik Dibalas Baik. Jangan takut berbuat kebaikan apatah dalam keadaan sekarang ini, bila lebih ramai yang memilih untuk bersikap pentingkan diri sendiri. Jangan berhenti berbuat kebaikan untuk sekadar melepaskan diri sendiri, kerana mungkin amal kebaikan kita yang kecil itulah yang mengangkat kita ke syurga Allah. 

Setiap kita amat dituntut melakukan amal kebaikan. Kebaikan itu merupakan amal soleh kita sama ada dalam bentuk ibadat kita kepada Allah mahupun segala amal kebaikan sesama manusia dan juga makhluk.

Berbuat Baik Dibalas Baik, Sesungguhnya Rahmat Allah Itu Dekat


Berbuat Baik Dibalas Baik


Setiap amal kita walaupun kecil, tetap akan dihitung dan mendapat ganjaran setimpalnya. 

Firman Allah;


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (az-Zalzalah: 7).

Bagi orang yang inginkan kebahagiaan, maka hendaklah dia sentiasa melakukan kebaikan walau sekecil mana sekalipun. Setiap kebaikan itu akan dinilai oleh Allah SWT. Semoga ia menjadi amal yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak. 


هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ


"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga" (ar-Rahman: 60)


Allah SWT sentiasa merahmati orang-orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan.


وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ


"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (memperbaiki amalannya)" (al-A'raf : 56)

Sesungguhnya orang yang melakukan kebaikan, jiwanya akan sentiasa tenang, damai dan bahagia. Sabda Nabi SAW:


الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ


"Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu" (HR Ahmad No: 18006)

Daripada Nawwas bin Sam’an R.A, Nabi SAW bersabda:


الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ


“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.” (HR Muslim : No 2553)

Rasulullah SAW hidup dalam kefakiran, sering membolak-balikkan tubuhnya di tempat tidur kerana kelaparan disebabkan tidak ada sebiji kurma pun yang Baginda SAW dapati untuk menahan kelaparannya. Sekalipun demikian, Baginda hidup bahagia, tidak mempunyai banyak tekanan dan jiwanya damai kerana baginda bukan sahaja sentiasa melakukan kebaikan bahkan baginda penyeru kepada kebaikan serta sentiasa memikirkan  tentang kebaikan.


وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ * الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ


"Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?" (al-Insyirah: 2-3)

Hiduplah dalam kebaikan dan ghairahkan diri untuk melakukan kebaikan. Semoga kebaikan yang kita lakukan walaupun kecil dibayar oleh Allah dengan ganjaran yang besar dan syurga yang tertinggi. 

Tak siapa suka berada dalam kegelisahan siang dan malan akibat kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan. Orang yang memilih kejahatan untuk melalui kehidupan seharian adalah orang yang bodoh, memilih jalan panjang untuk bahagia. Sedangkan.. dalam kebaikan itulah hasilnya ketenangan, yang tak perlu mengheret kesukaran dalam melakukannya.

Jika kita tak suka berbuat baik, ikutlah jalan kita sendiri. Tetapi jangan pula kita menghalang orang lain dari berbuat kebaikan. 

Wallahu'alam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close