Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Cara Daftar Perniagaan Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

As-salam,

Sudahkah anda daftarkan syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Jika belum sila daftar segera kerana kini kerajaan sedang giat menjalankan pemeriksaan ke atas beratus ribu syarikat yang belum berdaftar secara sah.

Perniagaan ada 2 jenis:

  • Pemilikan Tunggal: Perniagaan sepenuhnya dimiliki oleh seorang individu dan menggunakan nama sendiri seperti pada kad pengenalan ataupun trade name.
  • Perkongsian: Perniagaan dimiliki oleh 2 orang atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang. Nama sendiri tidak boleh digunakan sebagai nama perniagaan.




Bagi yang nak tahu cara nak mendaftar, terus pergi ke e-Lodgement untuk dapatkan cara-caranya secara berperingkat. 




Cara-Cara pendaftaran perniagaan baru di SSM

1. Perniagaan boleh didaftarkan atas nama individu atau menggunakan nama jenis perniagaan yang dijalankan (trade).

a) Perniagaan yang menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon nama perniagaan.  Contohnya gunakan nama sendiri, Ali bin Abu, Ser Chin Heng ataupun Ganesan a/l Doraisamy

b) Nama trade adalah nama cadangan untuk perniagaan dan mesti mendapatkan kebenaran daripada Pendaftar Perniagaan -Registrar of Business (ROB). Contohnya: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering atau ABC Unggul Enterprise.

2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Form A) dengan maklumat seperti berikut :

a) Nama perniagaan
b) Tarikh mula perniagaan
c) Tempat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat tentang pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang dijalankan
g) Sediakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

3. Setiap daripada pemilik perniagaan dan rakan kongsi mesti menurunkan tandatangan di atas borang yang telah dilengkapkan

4. Orang yang bertanggungjawab mesti menyerahkan borang permohonan ke kaunter SSM, atau melalui online dengan menggunakan perkhidmatan SSM e-Lodgement dalam website SSM di www.ssm.com.my.

5. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut: 

a) salinan kad pengenalan pemilik dan rakan kongsi;
b) Permit, lesen ataupun surat sokongan untuk jenis perniagaan, contohnya pusat penjagaan kanak-kanak  (Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS)), pusat tuisyen, Kindergarten, Kolej (Kementerian Pendidikan); dan
c) Kelulusan ataupun Surat Sokongan daripada agensi tertentu jika diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.


Syarat & Keperluan 


1. Pemilik mestilah warganegra Malaysia ataupun Penduduk Tetap Malaysia.
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Daftar perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perniagaan dimulakan.
4. Jenis perniagaan mestilah tidak melanggar undang-undang atau yang seumpamanya dengan tujuan yang tidak berfaedah atau yang boleh menganggu atau melanggar keselamatan negara, orang awam atau moral.

Yuran Pendaftran 


1. Pemilikan tunggal yang menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan ~ RM30.00
2. Pemilikan tunggal ataupun perkongsian yang menggunakan nama trade ~ RM60.00
3. Pendaftaran cawangan  ~ RM5.00 untuk setiap cawangan
4. Maklumat perniagaan dicetak ~ RM10.00

Panduan umum 


1. Pendaftaran perniagaan baru sah untuk tempoh 1 tahun dan tidak boleh melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
2. Sijil Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam dari masa pembayaran dibuat.
3. Seseorang individu yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftar boleh dikenakan denda di bawah ROBA 1956 dan jika didapati bersalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
4. Walaupun perniagaan telah didaftarkan dengan SSM, pemilik perniagaan bertanggungjawab mendapatkan permit, lesen atau surat kelulusan daripada pihak yang terlibat untuk memulakan perniagaan.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. saya rekemen refer kat sini ada panduan pendaftaran perniagaan secara online;-

    http://www.daftarsyarikat.biz/perkhidmatan-dan-konsultasi/pendaftaran-perniagaan-dan-syarikat-rob/panduan-permohonan-nama-perniagaan/

    ReplyDelete
  2. nak pi daftar. thanks sharing :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.