Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Isu Sultan Sulu Dan Taraf Kewarganegaraannya Dipersoal

As-salam,

Kita semua tentu kenal siapakah Sultan Sulu yang namanya tengah 'panas' sekarang ini. Insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah bermula 12 Februari 2013 hingga kini belum berpenghujung menyebabkan carian tentang Kesultanan Sulu dan tentaranya semakin hangat.




Persoalannya betulkah Sultan Sulu memiliki kewarganegaraan Malaysia? Mengikut kenyataan Hishamuddin Hussein, adalah menjadi satu kesalahan serius di bawah undang-undang dan merupakan satu perkara yang menyentuh kepentingan awam tentang status Mohamad Akjan dan identiti sebenarnya, sama ada dia warga Malaysia atau Filipina sebenar yang datang ke Sabah sebagai seorang pelarian.

Hishammuddin berkata kementerian memandang serius perkara itu dan memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, dengan bantuan pegawai dari Bukit Aman, untuk menyiasat dengan teliti.

Beliau berpendapat jika dia (Mohamad Akjan) menjadi satu risiko kepada keselamatan maka apa sahaja undang-undang yang perlu, kita akan gunakan tapi yang paling penting tidak berlaku penyalahgunaan undang-undang.

Tetapi yang penting isu-isu berkaitan tidak dipolitikkan dan berlaku salah guna kuasa.

- BERNAMA

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments