Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Penghantaran Borang Online BE Di Lanjutkan Hingga 15 Mei 2013

Penghantaran Borang Online BE Di Lanjutkan Hingga 15 Mei 2013 | Makluman kepada pembayar-pembayar cukai bukan perniagaan (Borang BE), tarikh akhir untuk mengembalikanborang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei 2013 ini. 


LHDN berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April 2013 (Selasa) dan mereka digalakkan menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei.

LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas.

- Bernama
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

  1. saya barulah nak terhegeh2 buat, ingatkan besok last date untuk submit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ann, yang manual last date kena hantar esok. untuk e-filing (submit borang BE online) dilanjutkan hingga 15/5/2013.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.