Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Semakan Daftar Pemilih & Lokasi Mengundi - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

As-salam,

Semakan Daftar Pemilih - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia! | Sudahkah anda buat persediaan mengundi pada 9 Mei 2018 nanti? Apakah anda salah seorang orang yang berkempen untuk membantu meraih undi daripada segenap golongan individu warganegara Malaysia yang layak mengundi?

Untuk layak mengundi, anda haruslah warganegara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Ayuh! Untuk terakhir kalinya, sama-sama kita semak nama dan tempat mngundi masing-masing agar tidak berlaku sebarang kekeliruan pada hari mengundi nanti.

Sila layari terus website SPR berikut:

   https://pengundi.spr.gov.my/ 


setelah itu, paparan berikut di tunjukkan,


Masukkan nombor IC anda tanpa sebarang ruang atau tanda. Kemudian tekan 'SEMAK' dan laporan tempat mengundi akan dipaparkan. 

Semoga anda membuat persediaan untuk mengundi dari awal lagi. Ianya bukanlah susah sangat, lagipun ini adalah pengalaman lima tahun sekali yang mungkin menyeronokkan.

Selamat mengundi! 

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments