Secara amnya, ada 2 jenis tembikai iaitu tembikai merah (tembikai biasa) dan tembikai susu.
Tembikai Merah
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam sama spesis dengan Cucurbitaceae.
Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Khasiat Tembikai Merah
3) Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
4) Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Tembikai Susu
Tembikai Susu (bahasa Inggeris: honeydew melon) merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Ia berwarna putih dan manis, dan walaupun buah ini tidak sama popular dengan buah tembikai, buah tembikai susu semakin diterima oleh orang ramai dan kini ditanam untuk memenuhi permintaan tempatan di Malaysia dengan kemungkinan yang besar untuk eksport. Berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Pokoknya menjalar seperti tembikai.
| Pokok Tembikai Susu |
Khasiat Tembikai Susu

3) Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.
3) Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.
Kesihatan yang baik adalah kunci kebahagiaan diri dan keluarga tersayang. Biar miskin harta benda tetapi memiliki kesihatan yang sempurna membolehkan kita hidup dalam bahagia yang tidak ternilai. Kasihi diri dan sayangi keluarga kita...~ aynora.nur



paling suka minum air tembikai..hilang terus dahaga
ReplyDeletesaya pun sama..
Deletetembikai mmg baik utk kesihatan tapi kalau org kena santau dan wanita lepas bersalin x elok mkan...
ReplyDeletenice sharing... :)
iya ke? kenapa pulak? anyway, thanks to the info
DeleteXpernah pun tau psl khasiat buah nie..tau mkn jerk..hihihi.. Tq sharing ya.. :)
ReplyDeletesaya suka tembikai... potong dadu kecik2.. campur dengan susu pekat.. perh... mantap!
ReplyDeletekhasiat buah tembikai.. nice.
ReplyDeletesye ada mnanam nye...iaitu tembikai susu...
ReplyDeletehari-hari minum jus tembikai, sementara tunggu jus puri buah durian belanda
ReplyDelete