Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Kelebihan Solat Sunat Tarawih | Ramadhan hampir menjelang. Apabila tiba bulan Ramadhan pasti kita teringat solat tarawih yang rajin sangat kita buat pada awal-awal minggu, dan semakin malas bila menjelang seminggu yang akhir. Sebab, dalam minggu-minggu akhir kita sibuk buat kuih raya, betul tak? Hihi...

Sepatutnyna kita kena istiqamah. Melakukannya berterusan walau dengan perlahan-lahan sehingga ke malam-malam terakhir ramadan. Kerana, kita tak tahu dari satu malam ramadan yang manakah akan turunnya malam lailatul qadar. Allahu Akbar...


Kelebihan Solat Sunat Tarawih



Supaya kita lebih istiqamah saban tahun, mari kita ketahui kelebihan solat tarawih. Solat sunat terawih antara solat yang dirindui oleh kita semua untuk dilakukan setahun sekali.



Ertinya:
“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” - (Hadis riwayat Muslim) 

Inilah kelebihan yang terbesar dari segala kelebihan yang Allah kurniakan apabila kita melakukan solat terawih. Semoga kita semua merebut peluang ini untuk diampuni dosa-dosa kita yang telah lalu. Inilah masa dan saatnya kita nak Allah memaafkan kita. Kita ni pendosa tanpa noktah, setiap hari melakukan dosa samada dalam sedar atau tidak. Jadi, apabila kita telah ketahui kelebihan solat sunat tarawih ni, marilah sama-sama kita saling mengingatkan apabila terlupa! Saling berpesan jika keluarga atau rakan taulan mulai lemah semangat untuk meneruskan terawih. Jika ada rezeki, bertemu pula dengan malam lailatul qadar. Subahnallah!!

Selamat beribadah kepada semua muslim...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Tahun ni solat tarawih kat umah je kot..xdapat dah nak kumpul ramai-ramai solat kt surau macam tahun tahun lepas..apapun doakan yg terbaik untuk kita semua.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close