Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Entri Viral Minggu Ini Di Aynorablogs

Entri Viral Minggu Ini Di Aynorablogs. Coretan santai tentang blog aynorablogs. Dah lama tak up entry tentang blog kan? Apa ada di aynorablogs? Macam-macam ada ya sayang.. kesukaan ramai pasal resepi mestilah ada. Kemudian panduan hidup dunia akhirat pun ada, iaitu dalam label "tazkirah". Lepas tu tentang kekeluargaan. Apa lagi yang anda nak baca kat blog ini? Petua dan info pun ada. Senang citer macam-macam ada la.. Haha

Ramai juga yang baca blog ini setelah melalui fasa kejatuhannya. Biasalah life cycle pun macam tu. Sekarang kamu kat atas esok lusa kat bawah pula. Jangan bimbang. Semua orang ada bahagian masing-masing. Sebab kejatuhan blog? Kerana diserang virus. Kita dah cuba buang pun tak boleh. Akhirnya kena pindah domain dan kena mendaki semua. Yeah.. Perlahan-lahan tak apa yang penting berterusan. Betul tak??

Entri Viral Minggu Ini Di Aynorablogs


Apa yang viral sangat kat aynorablogs ni? Tak ada apa pun, saja pinjam soul perkataan "viral" kut lepas ni banyak entri dalam blog boleh viral. Mana tahu. Rezeki Allah yang bagi. Kita buat bahagian kita je..

Meh tengok entri viral minggu ini di aynorablogs.

Entri Viral Minggu Ini Di Aynorablogs

Nampak tu kat atas. Saya print screen dari blog. Antara yang viral minggu ni kebanyakan tentang resepi la.. Almaklum nak dekat puasa.

3. Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab
4. Resepi Sambal Sardin Dengan Kentang Dan Tomato

Pada menu di blog, saya ada letak segmen entri viral minggu ini sebagai satu panduan untuk saya lihat dan mudah analisa manakah entri paling disukai di aynorablogs. Dari situ, kita mungkin boleh buat andaian bahawa pengunjung blog dari golongan usia berapa, suka entri yang macam mana dan sebagainya.

Selain itu, dengan meletakkan menu atau segmen entri viral seminggu ini, kita juga dapat mengukur entri mana yang mesra SEO, iaitu selalu dapat carian tertinggi di Google search. Haha.. senang kerja kita untuk perbaiki mana yang patut. Betul tak?

So, kerana sekarang nak dekat bulan puasa, banyak entri resepi yang naik dan jadi viral. Alhamdulillah. Maka, ada rezeki iklan Google Adsense saya naik incomenya.

Walau apa pun, carilah perkara yang bermanfaat dan jangan jadikan diri kita menyusahkan orang lain. Permudahkanlah.. maka segala pertolongan dari Allah akan datang kepada anda pula dari pelbagai cara.

Orite!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close