Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Seorang Wanita Bunuh Dan Makan Otak Bayi

San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.

Gambar Hiasan


Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez “terlalu kejam” untuk didedahkan sepenuhnya.

Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP

Benarlah orang kata, jika hati tiada lagi peri kemanusiaan, bukan manusia lagi namanya! Itu sebabnya macam-macam hal berlaku dalam dunia sejak kebelakangan ini. Di mana lagi keamanan dan keselamatan hendak dicari?

Sayangi diri anda, In sha Allah aura kasih sayang akan meresap ke sekitar orang di sekeliling kita hingga akhirnya melunturkan rasa kebencian dan tekanan.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. I pay a visit day-to-day a few websites and information sites to read articles or
    reviews, however this web site provides feature based writing.


    my blog uploading files

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close