Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Melayu Boleh

Melayu Boleh | Sejak beberapa tahun ini kita sering dengar orang bercerita MELAYU BOLEH. Pertama kali benda ini jadi popular sebab bekas PM, Tun Mahathir ada mewar-warkan tentang Malaysia Boleh. Lama-kelamaan ia jadi satu trend bila orang melayu buat apa saja yang mendatangkan kejayaan dan cemerlang timbul pula slogan Melayu Boleh. Memang orang melayu serba boleh dari segala aspek dan bidang terutamanya di bumi Malaysia ini dan di mata dunia secara amnya.    

kredit: Google


Definisi Melayu adalah sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti Minangkabau, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu selain daripada Melayu Anak Jati yang berasal daripada Tanah Melayu itu sendiri. Bahkan orang bukan pribumi yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Itu makna melayu yang diberikan oleh  Wikipedia.  

Ciri-ciri Melayu Boleh


1. Menjadi pemimpin tertinggi negara dan memerintah secara aman serta membawa negara ke mercu kejayaan di seluruh dunia.

2. Menjadi tenaga pakar yang dipercayai dan dipandang tinggi oleh majikan asing.

3. Memiliki keperibadian yang murni dan berdaya saing. Kalau zaman Dr. Mahathir, Datok Azhar Mansor boleh kelilingi dunia dengan perahu layar.

4. Bijak menyesuaikan diri dengan senario penduduk negara kita yang berbilang bangsa. Melayu yang tak gila kuasa!

Rahsia Melayu Boleh Yang Anda Perlu Tahu    

1. Tan Sri Mokhtar Al Bukhary - Seorang melayu yang sederhana dan rendah diri tetapi mencapai kekayaan tertinggi bagi seorang melayu hinggakan beberapa kali namanya sebaris dengan senarai 10 orang terkaya di malaysia. Namun peribadinya amat disegani lantaran penubuhan Yayasan Al-Bukhary menyeimbangkan dunia dan akhiratnya.

2. Dato' Sudirman Hj Arshad - Seorang peguam, penyanyi, ahli perniagaan, pelukis, pengarang dan seorang penghibur antarabangsa yang satu dalam sejuta. Mendapat gelaran melayu boleh kerana beliau berada di dalam kelasnya yang tersendiri dimana karya ciptaannya dekat dengan masyarakat melayu itu sendiri.

3. Nur Amalina Che Bakri - Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan pelajar melayu pertama yang mencatat keputusan yang cemerlang amat dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Bukankah ini rahsia melayu boleh yang kita tidak boleh lupakan?

4. Ikon dalam bidang masing-masing yang seluruh dunia tahu jika disebut namanya yang membariskan mereka sebagai melayu boleh!:

  • Datuk Sheikh Muszaphar - Angkasawan Pertama Negara
  • Datuk Azhar Idris - Pelayar Negara Yang Pertama Mengelilingi Dunia
  • Adik Adi Putra - Genius Matematik Negara
  • Datuk Abdul Malik Mydin - Perenang Solo Negara yang menyeberangi Selat Inggeris
  • Datuk Misbun Sidek - Ikon sukan badminton negara 

Tetapi jangan anda tak tahu, ada yang paling eksklusif yang melayu boleh tetapi bangsa lain tak boleh! Apa dia? Sudah tentu orang lelaki melayu boleh kahwin empat secara sah dan halal di sisi islam. Asalkan tahu tanggungjawab dan adilnya dalam mengendalikan hidup berpoligami.

Akhir sekali, Takkan Melayu Hilang Di Dunia! Hang Tuah bukan penglipurlara tetapi sang wira menjunjung daulat rajanya. Beliau adalah hero zaman silam yang bijaksana memanipulasi kelebihannya untuk menyatukan rakyat dan pemerintah. Kerana beliau, melayu boleh hidup dan memberi jasa di mana sahaja bumi dipijak! Memang melayu boleh! Hang Tuah penggerak kepada azam dan tekad untuk seorang melayu menjadi melayu boleh sejak zaman berzaman lagi.

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh Eca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLaili, AsyrofStudio, Boni Kacak,MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang,NurMujahidah, & Pelik [dot] My, BlogFyna, Pondok Kecil

Read More ....


Post a Comment

20 Comments

  1. baiklah..sgt bagus entri ni dgn kekuatan SEO tersendiri ..terima kasih sertai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. t/kasih BK. Ini pun dah terlewat sangat...thans coz approved this entry.

      Delete
  2. Salam 15 Ramadhan..Good luck ya...Melayu boleh...

    ReplyDelete
  3. Salam....Tahniah..berjaya juga tersenarai sebagai peserta....semoga berjaya.....harap-harap boleh menang jika entri ini berada di page 1. Insya Allah ....TQ..Ada masa jom singgah di artikel blog saya "Melayu Boleh"...sama2 kita sokong "Melayu Boleh"....

    ReplyDelete
  4. ringkas dan padat, semoga berjaya ya.

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya, melayu boleh :)

    ReplyDelete
  6. Content yang mantap. Semoga berjaya dalam contest ini.

    ReplyDelete
  7. contest yang mantap. Semoga berjaya dalam contest ini

    ReplyDelete
  8. Tahniah pada yang berjaya nanti.

    Terima kasih singgah blog maklong.

    ReplyDelete
  9. diri jadi lebih bermotivasi lepas baca artikel ini..gud luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. t/kasih master slave, artikel SEO biasanya salah satu entri yg paling original, hihi

      Delete
  10. Salam Aidilfitri...semoga berjaya berada di page 1........

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close