Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013

Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013 - Bagi pelajar baru kolej matrikulasi & pelajar tingkatan enam bawah, anda semua sudah boleh menukarkan baucar buku BB1M dengan segera sebelum tarikhnya tamat. Banyak juga nilainya tu, RM250. Macam2 buku boleh dapat, tetapi jangan beli buku yang bukan-bukan ya...

Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia Bagi Pelajar Kolej & Tingkatan 6 Bawah (BB1M) Tahun 2013




1. Pelajar yang mahu menukar baucar BB1M hendaklah pergi ke kedai-kedai buku yang memaparkan notis penerimaan BB1M di premis jualan mereka sahaja. 

2. Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah berdasarkan keperluan kolej / sekolah masing-masing;

3. Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlu mengemukakan baucar buku yang lengkap dengan nama pelajar, nombor kad pengenalan dan cop rasmi kolej / sekolah serta menunjukkan kad pengenalan yang asal semasa pembelian;

4. Pihak kedai buku perlu menolak penerimaan baucar yang tidak lengkap dengan maklumat pelajar dan cop kolej / sekolah yang jelas dan melaporkan sebarang penyalahgunaan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

TEMPOH SAH LAKU BAUCAR


Baucar ini sah digunapakai selama 2 bulan sahaja iaitu mulai 1 September hingga 31 Oktober 2013 walaupun tarikh sah laku yang tercetak di belakang baucar mungkin telah tamat.

KADAR BB1M

Setiap pelajar layak menerima sebanyak 5 keping BB1M (RM50 sekeping) yang berjumlah RM250.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua kedai buku yang berdaftar.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. aik dapat balik ker..bukan ari tu dah dapat ker yang tarikh luput dia hujung bulan may ari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kementerian pelajaran beri untuk budak2 yg baru masuk matrik dan lower six, walau dah expired masih boleh guna hingga oktober ni...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close