Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Allah
1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
"Ya Allah..." - dibaca 500 kali setiap malam
Nama ini adalah ismudz zat yang menpunyai erti dari seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh nama-nama Allah. Iaitu Tuhan yang tiada wajib disembah melainkan Dia. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan segala benda yang ada di dalamnya. Dialah yang wajib dipuji yang benar-benar berkuasa di atas segalanya.
Lafaz 'Allah' apabila dibaca dengan mengucapkan Ya Allah sebanyak 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi pada waktu malam telah larut setelah mengerjakan solat sunat dua rakaat (solat hajat atau solat tahajjud), maka akan berpengaruh besar untuk mendorong kejayaan dalam semua yang dihajatkan. Maknanya, beroleh kejayaan dalam segala bidang yang dilakukan.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.