Resepi Salad Saderi Dengan Epal Hijau
Bahan-bahan:3 biji epal hijau - dibuang kulit, biji & dipotong kecil
2 batang saderi - dihiris nipis
1 1/2 cawan anggur tiada biji - dipotong dua
1/2 cawan mayonis
3 sudu besar krim masam
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam - dikisar kasar
Sedikit daun salad - dikoyak dan dibasuh
1/2 cawan kacang walnut - disangai dan dicincang kasar
Cara membuatnya:
> Dalam mangkuk besar, pukul mayonis, krim masam dan jus lemon sehingga sebati
> Masukkan epal, anggur dan daun saderi. Gaul sebati
> Campurkan dengan garam dan lada hitam
> Alaskan pinggan hidang dengan daun salad
> Kemudian sendukkan semua bahan ke atas pinggan
> Tabur walnut dan sedia untuk dimakan
NOTA:
Jika anda mahu gantikan anggur dengan buah tomato kecil yang segar pun boleh, ikut citarasa sendiri. Selamat mencuba resepi salad daun saderi dengan epal hijau di atas. Resepi ini amat sesuai dijadikan menu dalam diet harian kita.
Selamat mencuba!


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.