Telur rebus juga sangat bagus untuk seseorang yang sedang dalam mengamalkan diet sihat. Biasanya orang akan ambil 2 biji telur rebus bersama jagung rebus sebagai menu diet sihat yang mudah.

Khasiat Telur Rebus Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Utama Telur Rebus
Khasiat telur rebus memang dah semua orang tahu, dan saya kongsikan dalam postingan dalam blog adalah sebagai rujukan sendiri bila diperlukan satu masa nanti.
1. Sumber protein berkualiti tinggi
2. Membantu pembentukan dan perbaiki otot
3. Mengenyangkan (baik untuk diet).
4. Baik untuk kesihatan otak
5. Menjaga kesihatan mata
6. Menyokong daya tahan tubuh
7. Baik untuk kesihatan tulang
8. Rendah kalori ( tetapi bukan telur goreng)
9. Baik untuk mengawal gula darah
10. Sumber mineral penting (zat besi, zink)
Telur rebus memang sudah jadi menu kebiasaan dalam keluarga kami. Anak-anak akan faham jika saya tinggalkan telur rebus dalam tudung saji bermakna saya tak buat sarapan hari itu. So, dengan 2 biji telur rebus ketika sarapan dapat mengenyangkan perut sehingga tengahari. Lagi pun mereka bukannya bekerja di bawah terik matahari untuk bersarapan dengan menu yang berat-berat.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan info tambahan kepada kita semua.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.