Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Tahniah Calon STPM 2013, 492 Calon Dapat CGPA 4.0

Tahniah Calon STPM 2013, 492 Calon Dapat CGPA 4.0

Seramai 492 pelajar daripada 55,214 calon mendapat purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013. Sementara itu, lapan pelajar meraih 5A dan 460 pula mendapat 4A pada peperiksaan berkenaan.


Tahniah calon STPM


Keputusan STPM 2013 diumumkan pada sidang media di Majlis Peperiksaan Malaysia, pada 19/3/2014 hari Rabu di Bandar Baru Selayang.

Makluman Untuk Calon STPM 2013 untuk Kemasukan ke IPTA


1. Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang telah diumumkan pada minggu ketiga Mac 2014 (19/3/2014)  untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).

2. Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.

Selamat berjaya, ok!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.