Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jatuh Cinta Semula dengan Drama Korea My Love from The Star di ONE HD

Jatuh Cinta Semula dengan Drama Korea My Love from The Star di ONE HD | Malaysia, 1 April 2014 – Dari saluran yang pertama kali menyiarkan My Love from The Star di Asia, para peminat kini diberi satu lagi peluang untuk jatuh cinta sekali lagi dengan drama cinta Korea blockbuster di ONE HD.



My Love from the Star bukan sahaja mempunyai penilaian tinggi di Korea, malah drama ini juga merupakan drama nombor 1 di Singapura dan kini terbukti ianya sangat popular di seluruh Asia Tenggara di saluran ONE HD.

Pelakon wanita Jun Ji Hyun (My Sassy Girl) dan Pelakon lelaki pujaan wanita, Kim Soo Hyun (Secretly, Greatly) memainkan watak utama dalam siri drama romantik komedi ini.



Dengan gincu terkenal yang digunakan oleh watak Jun (Chun Song Yi) habis laris dijual, dan Kim yang sedang melakukan lawatan di sekitar Asia untuk menemui peminatnya, keriuhan drama My Love from The Star ternyata terus berkembang dan membuatkan peminat inginkan lebih banyak lagi dari drama ini.

Disebabkan permintaan yang popular, ONE HD dengan bangganya membawa kembali kesemua 21 episod dalam maraton dua malam. Pada hari Jumaat dan Sabtu, bersedia untuk mengenang kembali drama Korea My Love from The Star bermula dari pukul 6.30 petang dalam maraton yang disiarkan hanya di ONE HD!

Drama siri ini dibintangi Kim sebagai Do Min Joon, seorang guru yang sebenarnya adalah seorang makhluk asing dari ruang angkasa yang sedang mengira waktu untuk pulang selepas berabad-abad hidup di muka bumi. Hidup beliau pula didatangi oleh Chun Song Yi (Jun), pelakon yang garang, mementingkan diri sendiri dan mempunyai masalah di bidang kerjayanya. Mereka mula bertemu dengan cara yang teruk tetapi secara perlahan-lahan, Do mula mempunyai perasaan terhadap Chun dan akhirnya jatuh cinta walaupun waktu tidak bersebelahan dengan Do..



Di samping menikmati kisah cinta yang indah My Love from The Star sekali lagi, penonton juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan di mana mereka boleh mengambil gambar babak kegemaran mereka dan berkongsi bersama ONE HD kenapa babak itu disukai. Para peserta berpeluang untuk memenangi My Love from The Star CD soundtrack asal, buku nota dan poskad koleksi My Love from The Star, dan fon telinga Swarovski. Untuk maklumat lanjut sila layari,
www.onetvasia.com/MyLoveFromTheStar-Contest.

Tonton kesemua 21 episod maraton drama My Love from The Star di saluran ONE HD

Episod 1 – 10: Jumaat 4 April, 6.30pm – 5.30am

Episodes 11 – 21: Sabtu 5 April, 6.30pm – 7.15am

ONE HD boleh didapati di Astro B.yond Ch 393

-Ends-

#Siaran tentang drama korea My Love From The Star di atas adalah sebagai tanda sokongan kepada peminat dan pencinta drama hebat itu! Dengan kerjasama: 

ROOTS Asia Pacific (Malaysia) Sdn Bhd
Sheera Shahira
Tel: +603 7494 0272
shahira@rootsasia.com

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close