Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semakan Status Pinjaman Perumahan Kerajaan Dengan Portal e-Biz

Semakan Status Pinjaman Perumahan Kerajaan Dengan Portal e-Biz | Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang menyediakan perkidmatan pinjaman perumahan untuk seluruh kakitangan kerajaan telah menyediakan satu portal carian maklumat yang baru untuk kakitangannya.

Mulai 1 Januari 2014, BPP telah memperkenalkan satu medium semakan maklumat pinjaman peminjaman melalui Portal e-Biz bagi menggantikan e-perkhidmatan yang digunakan sebelum ini di laman BPP. Dengan menggunakan prinsip single sign on, pengguna sistem boleh membuat carian dengan mudah, tepat dan pantas mengenai maklumat berikut:


klik gambar untuk imej lebih jelas


  • Maklumat pinjaman
  • Maklumat cagaran harta
  • Maklumat bayaran kemajuan (progress payment)

Bagi pengguna warga HLD/kakitangan kerajaan, panduan pengguna boleh didownload daripada SINI.

Cara Daftar ID pengguna warga luar

Sebagai contoh, di bawah adalah cara yang harus digunakan oleh warga luar seperti pemaju dan peguam untuk menyemak status bayaran kemajuan ataupun maklumat pinjaman pembeli mereka, terutamanya daripada peminjam kakitangan kerajaan.





1. Pengguna kali pertama e-Biz dikehendaki mendaftarkan ID pengguna.
2. Maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
3. Sila klik menu Daftar dan perlu mengisi Langkah 1 : Pengesahan No KP Warga Luar.
4. Sila klik butang untuk membuat pendaftaran ID


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ebiz.lppsa.gov.my/ebiz/Users/login.

Update::
Mulai 1 Januari 2016 BPP telah ditukar kepada LPPSA. Harap maklum.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close