Drama Korea Temptation ini menggandingkan semula Choi Ji Woo dengan Kwon Sang-Woo. Pasti hebat, kan?
Sinopsis Drama Korea Temptation
Untuk melangsaikan hutangnya, seorang suami (Kwon Sang-Woo) sanggup menerima berbillion won daripada seorang wanita. Sebagai balasan, lelaki tersebut mesti menyerahkan diri dan hidupnya kepada wanita tersebut.Info Drama Korea Temptation
Drama: Temptation
Director: Park Young-Soo
Writer: Han Ji-Hoon
Network: SBS
Episodes: 20
Tarikh tayangan: July 14 - September 16, 2014
Waktu: Isnin & Selasa, pukul 9:55mlm
Bahasa: Korea
Dalam episod permulaan ini, drama Temptation memaparkan pelbagai insiden yang biasa terdapat dalam drama korea yang lain seperti bunuh diri, hidup dihantui hutang, kisah anak-anak tidak sah taraf, penyakit, waris keluarga ternama dan banyak lagi perkara lumrah yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Choi Ji-woo memegang watak sebagai Se-Young iaitu seorang ahli perniagaan yang lengkap dengan pakej iaitu cantik dan seksi. Manakala, Kwon Sang-woo sebagai suami setia bernama Cha Seok-hoon yang memiliki isteri yang baik dan cantik bernama Na Hong-joo (Park Ha-Seon) namun hubungan mereka agak menyedihkan.
Kang Min-woo (Lee Jeong-jin) mempunyai seorang anak lelaki yang comel bernama Roy (Jo Hwi-Joon). Min-woo adalah seorang playboy yang sudah mempunyai anak. Semoga dalam episod seterusnya dia mulai insaf akan kelakuannya.
Kwon Sang-woo sebagai Cha Seok-hoon menanggung hutang keliling pinggang tetapi dalam masa sama sangat sayangkan isterinya. Se-Young pula dan Min-woo menjalani kehidupan yang kurang membahagiakan. Se-Young lebih cintakan kerjayanya. Min-woo mendapati tiada keseronokan dalam keluarganya.
Dalam episod kedua, Seok-hoon memilih untuk menerima cadangan Se-Young, untuk menyelesaikan hutang-hutangnya. Se-Young memberikan sejumlah wang yang banyak tetapi Seok-hoon harus menerima syarat-syaratnya. Hong-Joo merasa dikhianati oleh suaminya. Dia berasa sedih, walaupun memahami apa yang cuba dilakukan oleh Seok-Hoon. Akhirnya Hong-Joo membenarkan dirinya dipujuk oleh Min-woo untuk membantu beliau menjaga anaknya, Roy, yang telah disembunyikan dirumah percutian keluarga.
Min-woo masih kebudak-budakan walaupun memiliki keluarga yang harus ditanggung. Tindakannya kurang matang. Beliau sering mengelak untuk bertanggungjawab dalam sesuatu hal.
Bagaimanakah hubungan Se-Young dengan Seok-Hoon berkembang? Adakah mereka akan terjerumus dalam satu skandal percintaan yang terlarang? Bagaimana pula rumahtangga Seok-Hoon dengan isteri yang dicintainya? Tonton Drama Temptation untuk mengetahui perkembangan lanjut drama korea ini.
Selamat menonton.



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.