Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Airmata Seorang Mahathir | Lagu Untuk Tun Mahathir

Airmata Seorang Mahathir | Lagu Untuk Tun Mahathir - Tun Mahathir adalah seorang tokoh pemimpin yang hebat dan bagi saya beliau seorang pejuang moden negara Malaysia yang menjadi lagenda sehingga kini. Mungkin boleh dibariskan pemimpin hebat di dunia tetapi beliau antara yang terhebat pernah lahir ke dunia ini.





Tun Mahathir merupakan seorang yang berpengaruh di mata dunia hinggakan ada pemimpin dunia yang dahulunya tidak menyukai beliau, berubah arah dengan memujinya sebagai seorang yang bijak dan praktikal.

Pandangan Pemimpin Dunia Terhadap Tun Mahathir

1. Margaret Thatcher – Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya betajuk ‘The Downing Street Years’, hlm. 502

Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal

2. Bill Clinton – Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit

“Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas”
3. Shaykh Muhammad Hisham Kabbani – Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat”


Airmata Seorang Mahathir | Lagu Untuk Tun Mahathir




Maklumat berikut saya ambil daripada laman youtube saudara Nazz Abdul Aziz,

Lagu ini adalah adaptasi dari puisi PERJUANGAN BELUM SELESAI. Pada 10 July 1925, diputerakan seorang pemimpin hebat dan pejuang lagenda Malaysia iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk bertemu dengan beliau secara eksklusif atas kapasiti saya sebagai seorang pemuzik dan komposer lagu. Atas pemintaan beliau, saya menyanyikan lagu AIRMATA SEORANG MAHATHIR secara 'acoustic live' pada 11 June 2014 di 'Perdana Leadership Foundation'. Jelas beliau (Tun Mahathir) sebak sehingga menimbulkan serba salah untuk saya meneruskan nyanyian. Saya meneruskan nyanyian sehingga habis dan kami mengambil sedikit masa untuk menenangkan sebak di hati masing-masing sebelum meneruskan bicara. Tun Mahathir meminta saya untuk menyanyi lagi dan saya memenuhi permintaan beliau dengan menyanyikan lagu AKU BERANI GAGAL walaupun sebenarnya saya benar-benar gugup berdepan dengan beliau.

Kemudian beliau meminta saya menyanyi lagi dan saya terpaksa menolak kerana saya semakin gugup dan tidak dapat menyanyi dan bermain gitar dengan betul. Saya mengemukakan permohonan untuk menerbitkan album AIRMATA SEORANG MAHATHIR yang terdiri daripada 5 buah lagu ciptaan saya sendiri. Beliau sangat bersetuju dan mengalu-alukan hasrat saya. Di kesempatan ini saya menyeru dan membuka tawaran kepada sesiapa individu atau badan korporat yang berminat untuk menaja penerbitan album ini. 

Kepada yang berminat boleh menghubungi saya melalui telefon 019-2531419 pada kadar yang segera. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-89 buat Tun Mahathir. Semoga Allah memberi kesihatan dan usia panjang yang bermanfaat buat Tun di samping kebahagiaan hidup di dunia sampai akhirat.

Artis - Nazz Abdul Aziz
Komposer - Nazz Abdul Aziz
Lirik - Nazz Abdul Aziz
Kredit buat adinda Mohd Asri, Hayrie, Razufy, Moha, Toyok, Hafizi, Ayepp, Atan, Idan, Zrake dan semua yang berkerja keras untuk menjayakan usaha ini. Juga tidak lupa buat mak, abah, isteri, anak-anak serta rakan-rakan di Facebook yang terus menerus berdoa dan mendukung usaha saya sebagai pemuzik.


Lirik Lagu Airmata Seorang Mahathir

Di ufuk masih mencabar 
wawasan yang kau asaskan... 
Masih ku ingat pesan mu itu... 
Perjuangan masih panjang... 

Mahathir kau inspirasi, 
pejuang berdedikasi... 
Engkau berjuang memimpin bangsa... 
Ku turut jejak langkah mu... 

Berlinang airmata mu, 
menatap nasib bangsa mu 
yang masih lagi dijajah di minda... 

Berlinang airmata mu, 
mengalir ke sungai waktu... 
Waktu yang menelan usia... 

Ku tatang airmata mu... 
Mahathir pemimpin unggul... 
Berpatah sayap bertongkat paruh... 
Berjuang terus berjuang...

Lirik daripada,
http://nazz-abdulaziz.blogspot.com/2013/10/lagu-airmata-seorang-mahathir-dedikasi.html

Untuk baca maklumat lanjut tentang biodata Tun Mahathir, sila rujuk sini:
http://www.mykarya.com/2008/09/biodata-tun-dr-mahathir-mohamad.html

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close