Header Ads Widget

Lunch Asam Pedas Ikan Merah Dengan Harga Murah!

Advertisement
Lunch Asam Pedas Ikan Merah Dengan Harga Murah! Hari Ahad yang lepas kami pergi jalan-jalan cari makan, nak cari asam pedas yang segar bugar. Cari kat google ada banyak restoran asam pedas ikan merah tetapi harga memang berbeza-bezalah. Oleh kerana suka makan asam pedas, En suami memang tak kisah akan harga nya. Yang penting fresh. Macam biasa kami akan keluar selepas solat Zohor supaya tidak tergesa-gesa nak makan dan sebagainya.


Info Yang Anda Cari:

Lunch Asam Pedas Ikan Merah Dengan Harga Murah!


Kami mengikut cadangan pak cik google untuk makan di restoran asam pedas Misai. Ada banyak review yang bagi 10 /10, ada yang kata ikan segar dan yang penting harga murah katanya. Dari rumah ke restoran asam pedas Misai memakan masa lebih kurang 30 minit. Pemanduan kami menghalakan ke arah ke Kulai, selepas kawasan Kelapa Sawit. 

Dalam pukul 2.15 kami dah sampai di asam pedas Misai. Keadaan restorannya ala rumah kampung. Ketika kami sampai masih ada banyak ruang parking.






Restoran Asam Pedas Misai, Sedap Ke?


Macam biasa asam pedas kat sini adalah asam pedas cair boleh hirup. Memang asam pedas Johor la.. hihi. Bagi saya semua rasa okay, boleh telah di tekak dan dapat hirup kuah sampai habis. Makan pulak digandingkan dengan ulaman, sambal belacan dan telur dadar. Tak lupa juga ada sayur tauge. Ngam la, apa nak lagi, kan?

Lunch Asam Pedas Ikan Merah Dengan Harga Murah!
Gambar ehsan Google

Lunch Asam Pedas Ikan Merah Dengan Harga Murah!
Gambar ehsan Google

Tapi tekak anak bujang pulak lain, dia kata kurang garam dan macam tak letak gula.. so rasanya nipis je - kata dia lah. Tapi dia habis juga bahagian ekor tu.

Saya dan Encik suami share kepala ikan merah saiz penuh. Tapi dalam saiz agak kecil berbanding kepala ikan merah yang pernah kami makan sebelum ini.


Baiklah. Untuk semua makanan yang kami order, kosnya adalah RM63.00. Memang agak murah untuk harga kepala ikan merah, ekor ikan merah, ulaman, sayur tauge, air, telur dadar nasi putih.

Mungkin juga harga itu sesuai dengan perletakan restoran itu yang agak di luar bandar sedikit.

Mungkin juga restoran Asam Pedas Misai adalah satu lagi port asam pedas yang korang cari?? Cubalah... 👌👌
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

0 Comments