
Info Yang Anda Cari:
Sarapan Karipap Segera Nazla
Salam berhujung minggu uollls... Sarapan apa hari ini? Nasi lemak la tu.. tak pun roti canai. Itu kan sarapan kegemaran rakyat Malaysia! Saya sarapan simple je iaitu karipap segera jenama Nazla. Karipap segera kentang oleh Nazla, jenama yang dah lama saya guna. Kulitnya rangup dan inti kentang penuh. Sekali beli terus 3 bungkus.



Satu bungkus ada 12 ketul karipap. Sekali jalan terus saya goreng dalam kuali. Hehe.. macam tak sabar je, kan

Sarapan karipap kentang segera ditemani secawan kopi pahit. Pahit betul kopinya, tetapi tak mengapa demi kesihatan ku gagahkan jua! 😅😅 Lepas ni nak tengok pokok bunga pulak.
![]() |
| Saya tak perasan harga sebungkus karipap segera Nazla ni, sebab dah biasa tak tengok harga barang yang dibeli 😅😅 |
Inilah Bungkusan karipap kentang Nazla. Ada inti kentang dan juga sardin. Kami satu rumah lebih suka kentang, jadilah beli banyak sekali. Sebab, karipap Nazla jenis separuh bulatan besar ni amat laku, selalu kosong je kat rak Maslee. Nak dapat beli seminggu sekali jangan harap taw..
Sampaikan anak bujang cakap ada lagi 2 pack karipap kentang dalam freeze, ibu dah beli lagi tiga bungkus. Saya kata kan berbeza tu jenisnya.. menggeleng kepala anak bujangku.. hihi
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.