Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Ringkas Selepas Solat

Doa Ringkas Selepas Solat - Ada banyak jenis doa-doa ringkas yang boleh diamalkan selepas solat. Tetapi bagi saya, doa ringkas selepas solat yang saya kongsikan di bawah ini paling saya sukai kerana saya telah amalkan sejak di asrama lagi. Jadi, ia umpama rutin bagi saya untuk membacakan doa seperti yang di bawah ini.

Doa Ringkas Selepas Solat


Doa Ringkas Selepas Solat Dalam Rumi

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin,
Wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in.
Allahumma ahyiina bil iman,
wa 'amitnaa bill-iiman,
Waad khilna jannata maal iiman,
Allahumma firhlana zunubana waliwaa lidiinaa warham humaa kama Rab-bayanaa saghiiraa,
Allahummaah timlana bi'khusnil khatimah wala tahtim alaina bisuu iil' khatimah Rab-bana laa tuziq qulubana baqda iizhadaitana wahab lana min ladunkha-rahmah in'naka antal wahab,
Rabbana a'tina fiddun yaa hasanah, wafil a'-khiratil hasanah, waqinaa azabannar ,
Wasallallah hu ala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasabihi wassalam Walhamdulillah hirabbil a'l-amiin.


Maksud doa ringkas selepas solat:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Semoga bermanfaat. Sebar dan amalkan, jom...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close