![]() |
| Air batu boleh lembutkan daging/ayam kampung |
Sebagai mengatasi masalah daging atau ayam kampung lambat masak atau lembut, saya kumpulkan petua ringkas yang boleh digunakan oleh kita semua. Rupa-rupanya mudah saja...
Petua Memasak Daging/ Ayam Kampung Cepat Lembut
1. Rendam daging/ayam kampung dengan air nenas untuk 2-5 minit sahaja. Kalau terlalu lama daging akan berkecai/hancur. Inshaa Allah hasilnya memuaskan hati.2. Ramai surirumah mengeluh kerana daging yang mereka masak tidak empuk. Untuk mengatasinya, rebus daging dengan satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
3. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging/ayam kampung kira-kira setengah jam. Kemudian bilas dengan air dan bolehlah dimasak seperti biasa.
4. Masukkan beberapa ketul air batu ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging/ayam kampung akan cepat empuk.
5. Rebus daging/ayam kampung bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
Amacam? Dah tahu caranya bolehlah dicuba, kan?
Selamat memasak...


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.