Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kisah Ikhlas Yang Jauh

Kisah ikhlas yang jauh - Sewaktu sedang sibuk melakukan tugas seharian di pejabat, saya didatangi oleh sepasang suami isteri yang berumur pertengahan usia yang ingin membeli sebuah rumah. Menurut pasangan tersebut, rumah yang akan dibeli nanti adalah sebagai hadiah kepada anaknya.




Saya hanya mengangguk sahaja dan menerangkan segala prosedur pembelian rumah daripada A hingga Z, maksudnya sehingga proses penyerahan kunci. Pasangan suami isteri itu bersetuju dan faham dengan syarat dan peraturan yang telah dijelaskan.

"Permulaan kena bayar 10% downpayment, pak cik."

"Saya tau. Faham. Dah biasa dah beli rumah." Nada suaranya sedikit tinggi. Mungkin untuk menekankan kepada saya bahawa dia sudah faham benar!


Kisah Ikhlas Yang Jauh


Setelah selesai memilih satu unit rumah kluster dua tingkat berharga RM493,000, saya menyediakan semua dokumen yang diperlukan dan bersedia untuk mengambil 10% deposit yang saya maksudkan tadi.

"Berapa jumlahnya?"

"RM49,300 sahaja, pak cik." Senyuman saya tersekat-sekat kerana saya merasakan pak cik itu tidak bersedia dengan deposit sebanyak itu.

"Bukannya bayar booking RM1,000 dulu?"

"Bukan pak cik. Tadi saya dah jelaskan panjang lebar. Dan pak cik pun dah faham semua syarat dan peraturan jual beli rumah yang saya beritahu tadi."

Muka pak cik itu merah padam. Mungkin tak sangka yang saya akan mengenakannya semula.

Mana tidaknya, bila saya explain dia cakap faham semuanya. Katanya ini rumah ke empat. Kemudian dia cerita tentang elaun dan gajinya sebagai 'VIP' di sebuah universiti terkenal lebih dari cukup untuk membelikan anak-anaknya sebiji rumah seorang. Sedikit demi sedikit dia membongkarkan kekayaannya hinggakan teman sepejabat yang berdekatan saya berdehem-dehem bila mendengar celotehnya.

Oleh kerana dah penat mendengar sejarah kekayaannya, saya potong ceritanya. Saya bersikap agak 'sarcastic' di sini, yang sepatutnya saya kena bersangka baik. Hmmm...

"PAK CIK nak beli tak rumah ni?"

"Nanti la pak cik fikirkan."

Fuhh! !!!! Hampir satu jam saya 'stuck' dengan dia, boleh itu saja ayat kesimpulan yang saya dapat. Akhirnya ikhlas kerja yang saya buat jadi terpaksa dan hanya penat saja yang saya dapat kerana saya akhirinya dengan sebuah keluhan.

Kerja dengan orangramai memang banyak cabarannya. Namun jika kita ikhlas dan redha dengan apa saja kejadian yang berlaku sewaktu menjalankan amanah kita, insyaa Allah kita mendapat ganjaran yang lebih besar daripada gaji semata-mata.

Sepatutnya saya kena redha dan bersangka baik saja dengan pak cik dan isterinya tadi kerana mungkin Allah datangkan ujian dengan cara begitu. Ruginya saya, kan?

Firman Allah yang bermaksud:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta,” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Sebelum berpisah, pak cik itu menghulurkan kad perniagaannya. Saya memandang sekilas...

"Tan Sri....."

Gulp! Sekali lagi saya telah tersalah sangka. Mungkin tadi jika saya bersabar sedikit mendengar kisahnya, saya boleh membina business networking dengannya pula....

Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)

Jom sebarkan bahagia...#sebarkanbahagia#aynorablogs

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. assalamualaikum.

    entri yg menarik

    betul tu x rugi jika berabar dan berbaik sangka apatah lagi kpd pelanggan pastinya dari kisah ini ada pengajaran yg aynora perolehi kn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ayie. Memang bnyk pengajarannya...kita ni bnyk ikut perasaan je kan, kena lebih sabar dan faham hati pelanggan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close