Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Surah Al Imran Mudahkan Bayar Hutang Dan Luas Pintu Rezeki

Doa Surah Ali Imran Mudahkan Bayar Hutang Dan Luas Pintu Rezeki - Hidup siapa yang tidak berhutang? Kalau nak nampak bergaya dan agak mewah, biasanya kita memang berhutang. Hutang ada banyak jenis, ada hutang duit, hutang budi, hutang nyawa...(ada ke?), tetapi yang pasti kita wajib bayar hutang antara sesama manusia. Kerana hutang dengan manusia lah yang paling sukar untuk dihalalkan kecuali oleh sang pemberi hutang tersebut. Fikir-fikirkanlah...

Rasulullah SAW telah mengkhabarkan kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. akan kelebihan wirid daripada dua potong ayat dalam al-Quran daripada Surah Ali Imran iaitu ayat 26 dan ayat 27. Baginda juga telah memberikan sebuah doa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah r.a. Dan doa itu mengandungi khasiat yang sama seperti wirid yang telah diajarkan kepada Muaz Bin Jabal.

Surah al-Imran Ayat 26 & 27




Kisah yang diceritakan…

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah SAW menegur Saidina Muaz Bin Jabal r.a. selepas selesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang Yahudi. Aku dikurung di rumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Saidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terus terang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasulullah SAW tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saidina Muaz dan berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saidina Muaz bersungguh-sungguh.

Rasulullah SAW pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu, sehingga Saidina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Berkat daripada kata-kata Rasulullah SAW tersebut, akhirnya Saidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan kejayaannya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Doa Dan Wirid Surah Ali Imran Mudahkan Bayar Hutang Dan Luas Pintu Rezeki 




Maksud Surah al-Imran ayat 26;


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Maksud Surah al-Imran ayat 27;


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Rahsia Dan Fadhilat Surah al-Imran

1. Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan: "Barangsiapa membaca surat Ali Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sampai malam hari." 

2. Imam Ibnu Zanjawaeah dari Imam Wahab Ibn Munabih menjelaskan: "Barangsiapa membaca Surat al-Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya Nur cahaya diantara Arasy dan dasar bumi."

3. Nabi Muhammad bersabda kepada Saidina Muaz, "Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya. ”

Oleh itu, mari kita amalkan doa dan wirid di atas seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan semoga kita semua dihindari daripada termasuk dalam golongan orang yang banyak hutang.

Sebarkan dan kongsikan jika bermanfaat. #sebarkan bahagia 

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian kak nora :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg sangat bermanfaat.. Terima kasih Aynora nur sbb sudi share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama dear, untuk manfaat diri sendiri juga, insyaa Allah...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close