Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Terung Ungu Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Terung Ungu Untuk Kesihatan - Setiap tumbuhan yang melata di muka bumi ini ada manfaat dan khasiatnya masing-masing. Namun begitu jika ia disalah guna, memang lain jadinya. Betul tak? Dalam artikel kali ini saya nak kongsi tentang khasiat buah terung. Terung yang paling popular tentulah terung ungu...sedap dibuat terung goreng berlada. Hihi...




Nama botani bagi terung ialah Solanum Melongena L dan ia termasuk dalam keluarga Solanaceae. Ia adalah tumbuhan yang tumbuh menegak. Semua bahagian pokoknya diselaputi lapisan kelabu dan sesetengahnya adalah berduri. Tinggi pokok terung ini boleh mencecah sehingga 1 meter. Daunnya pula ringkas dan bersusun berselang–seli dan tangkai daunnya berukuran 10 sm panjang. Asal terung adalah dari sekitar kawasan antara negara India dan Myanmar. Tumbuhan ini banyak ditanam dan mempunyai variasi yang sangat luas. Ia memerlukan cuaca yang panas dan kini banyak ditanam di timur dan barat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.


Pokok terung dan bunganya

Terung mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Antaranya bulat, bujur dan berbentuk buah pir. Terung juga mempunyai warna yang pelbagai iaitu putih, hijau, kuning, ungu, hitam dan campuran warna. Yang paling popular di Malaysia adalah terung panjang yang berwarna ungu, terung bulat warna hijau dan terung warna putih. Buah Terung mengandungi vitamin A, B dan C, potassium, karotena, protein dan lemak. Selain itu ia juga mengandungi mineral besi, serabut niasin dan karbohidrat serta kaya dengan kalium untuk memulihkan paras natrium dalam badan.



Khasiat Buah Terung Ungu Untuk Kesihatan 


1. Sebagai makanan otak

Kandungan khasiat phyto pada terung merupakan salah satu khasiat yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang susah nak pilih jenis masakan atau makanan yang boleh memberikan khasiat pada otak, maka terung boleh dijadikan pilihan yang tepat.

2. Makanan Untuk Jantung 

Ini disebabkan terung boleh membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung kita.

3. Boleh mengawal tekanan darah tinggi 

Kandungan bioflavonoid berperanan besar dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam tahap kesihatan tubuh kita.

4. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat 

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

5. Proses pencernaan yang lebih baik 

Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat membantu melancarkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar anda.

6. Pencegah Diabetes 

Terung merupakan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.


7. Pencegah Anemia

Kandungan zat besi dalam terung akan membantu mencegah anemia atau kurang darah yang mungkin diderita oleh sesetengah orang.

Terung ungu sangat popular untuk dijadikan resepi sebagai penambah selera makan dan boleh juga dijadikan paceri terung yang boleh dimakan begitu sahaja. 

Secara keseluruhannya, buah terung menghasilkan beberapa kesan antiseptik yang dikatakan boleh mengurangkan demam, merendahkan tahap kolestrol darah dan sesuai sebagai diet untuk menolong mengawal tekanan darah tinggi. Ia juga dapat mengaktifkan peredaran darah, menyejukkan darah serta menyahkan toksin.

Daripada pembacaan saya, rupa-rupanya daun terung juga amat berguna. Daunnya juga boleh dijadikan ubat untuk kegunaan sendiri. Air rebusan daunnya boleh diminum untuk menyembuhkan luka dan juga pendarahan dalaman juga penyejuk kepada luka akibat terbakar. Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes, asma, kolera, bronkitis, dan sakit atau susah buang air kecil boleh juga meminum air rebusan daun ini.




Resepi terung goreng masak berlada pernah saya kongsikan sedikit masa dulu. Jika berminat boleh ambil resepinya dari sana ya...

Selamat menjaga kesihatan anda dan makan untuk sihat dan bukan makan untuk kenyang...hihi

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Terung ungu mmg mudah didapati di pasar.

    Boleh tahan byk juga khasiatnya untuk organ² utama manusia kn aynora. Tapi ayie tak berapa suka mkn terung klu ada dlm masakan ayie asingkn tak mau makan...hehehe. Macam tak ada rasa je terung ni lembek-lembek mcm tu je..haha.

    Mungkin lepas baca entri ini ayie boleh berfikir manfaat mkn terung sebelum asingknnya dari masakan..ermm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ayie...hihii..tak suka boleh jadi suka bila kena cara masak terung tu..

      Cuba goreng sekejap terung tu sebelum dimasak, mesti awak akan terpikat dengan bau & rasa terung..

      Delete
  2. tak tahu la. memang tak berapa kenan makan terung. tak tahu nape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka tak boleh dipaksa, nanti mudarat pulok la...hihihi

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close