Resepi Roti Gulung Berinti
{Hidangan untuk 2-3 orang}
Bahan-bahan:
3 keping roti putih
2 keping biskut tawar - dihancurkan
1 biji telur - ditambah garam dan dipukul
Bahan untuk Inti
2 sudu makan daging ayam hancur
3 sudu makan sayur campur
1 ulas bawang kecil - dimayang
2 biji cili merah - ditumbuk halus
1/2 kiub ayam - ditumbuk bersama cili
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaannya:
1. Di dalam kuali, tumis bawang kecil bersama dengan cili hingga kekuningan
2. Kemudian masukkan daging ayam hancur dan masak beberapa minit sehingga daging tersebut masak.
3. Masukkan sayur campur dan perasakan dengan garam. Ketepikan.
4. Ambil roti dan digelek nipis dan dipotong dua
5. Masukkan inti dan gulung. Gamkan dengan menggunakan sedikit sapuan telur di hujung gulungan.
6. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan golekkan dengan biskut tawar yang telah dihancurkan.
7. Goreng dengan minyak yang penuh sehingga kekuningan
8. Sedia untuk dimakan.
Info tambahan:
Waktu penyediaan: 5 minit
Waktu memasak: 10 minit
Keistimewaan: Enak dimakan semasa panas bersama dengan sos cili jika mahukan rasa yang lebih pedas
Jenis hidangan: Untuk sarapan atau minum petang
Cara masakan: Ditumis dan digoreng
Selamat mencuba ya...

Waalaikumussalam ayie,
ReplyDeleteItu dah kira simple, kos pun murah. Pakai brg sedia ada je kat rumah. Ini mesti tak pernah buat bekfes..hihi