Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sebuah Doa Yang Indah

Sebuah Doa Yang Indah - Kata-kata yang lembut ketika meminta, menghasilkan satu aura positif dan penuh motivasi untuk diri sendiri. Kata adalah doa, dan berdoa haruslah dengan kata yang lembut dan indah-indah.

Sebuah doa yang indah, bila dibaca hingga ke akhirnya menyangkutkan hati kepada sifat sabar dan memahami. Permintaan kita mungkin tidak Allah tunaikan tetapi pada saat yang tepat setelah kita sepenuhnya mengerti, Allah pasti menghadiahkan sebuah peristiwa yang indah pada masa yang tepat. Ohh...akhirnya kita mengerti untuk bersabar dan bertaqwa.

Sebuah Doa Yang Indah


Doa Yang Indah


Aku meminta kepada Tuhan untuk menyingkirkan
penderitaanku.
Tuhan menjawab, Tidak.
Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau
mengalahkannya.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menyempurnakan
kecacatanku.
Tuhan menjawab, Tidak.
Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menghadiahkanku
kesabaran.
Tuhan menjawab, Tidak.
Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak
dihadiahkan, itu dipelajari.

Aku meminta kepada Tuhan untuk memberiku
kebahagiaan.
Tuhan menjawab, Tidak.
Aku memberimu berkat, kebahagiaan adalah
tergantung padamu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menjauhkan
penderitaan.
Tuhan menjawab, Tidak.
Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian dunia
dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menumbuhkan
rohku.
Tuhan menjawab, Tidak.
Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan
memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Tuhan segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Tuhan menjawab, Tidak.
Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Tuhan menjawab Ahhh, akhirnya kau mengerti.

Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Doa yg sungguh mendalam mksudnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Benar Maria, Allah mahu kita mengerti setiap takdir-takdirNya..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close