Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Tips Dan Cara Menjaga Barang Kemas

Barang kemas seperti cincin, rantai, subang dan sebagainya adalah perhiasan wanita yang memang menjadi aksesori tambahan meningkatkan gaya dan penampilan diri individu tersebut. Aksesori wanita diperbuat dari pelbagai jenis logam termasuk emas, perak, tembaga, besi dan banyak lagi. Namun emas dilihat menjadi pilihan utama wanita masa kini dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Kenapa emas menjadi pilihan utama Wanita?


Emas bersifat lembut dan berwarna terang. Emas adalah barang kemas yang lazim di gunapakai oleh kaum wanita. Masyarakat kita sejak dulu memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan hawa itu kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna. Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.



Panduan Tips Cara Menjaga Barang Kemas


Panduan Cara Menjaga Barang Kemas


Tidak mendedahkan barangan emas kepada bahan kimia dan berasid.

Ada pelbagai bahan kimia yang boleh merosakkan kilauan emas di sekeliling rumah antaranya bahan peluntur dan klorin.

Bahan kimia ini boleh melemahkan struktur emas serta merosakkan permukaannya, selain menyebabkan barangan kemas terputus jika didedahkan dalam jangka panjang.

Sekiranya mahu berenang di kolam renang yang penuh dengan kandungan klorin, barangan emas perlu dibuka dan disimpan di tempat lebih selamat dan sesuai.

Ketika membersihkan rumah, turut digalakkan membuka barangan emas kerana bahan kimia untuk mencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas. Anda juga boleh memakai sarung tangan ketika kerja membersih untuk melindungi barangan emas seperti cincin dan gelang.

Pastikan semburan minyak wangi tidak terkena barangan kemas.


Biarpun minyak wangi tidak merosakkan pakaian atau kulit, ia boleh memudarkan warna emas kerana sifatnya yang beralkohol. Justeru, jangan memakai barangan kemas ketika menyembur minyak wangi atau cuba tumpukan semburan ke bahagian kulit dan elakkan ia mengalir dan terkena barangan emas sama ada pada leher, lengan atau telinga.

Mencuci barangan kemas secara konsisten


Barangan kemas perlu sentiasa dicuci selalu bagi memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Hantar barangan emas ke kedai emas atau dilakukan sendiri.

Sekiranya mahu ia kelihatan berkilauan seperti baru, proses menggilap juga boleh dilakukan dengan menghantarnya ke kedai emas. Namun perlu diketahui, proses menggilap ini sedikit sebanyak mempengaruhi berat emas kerana permukaannya dikikis sedikit.

Membuka emas ketika hendak mandi


Jangan memakai barangan kemas ketika mandi kerana produk mandian seperti sabun badan, pencuci muka, syampu ataupun pelembap rambut mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan warna emas menjadi sedikit pudar apabila sering didedahkan kepada bahan kimia.

Lebih baik menanggalkan barangan perhiasan itu dan hanya dipakai semula selepas semburan minyak wangi.

Menyediakan kotak simpanan yang sesuai


Barangan emas juga perlu disimpan dengan baik di dalam bekas yang sesuai supaya tidak terdedah kepada persekitaran yang melunturkan kilauannya.

Kotak barangan kemas yang sempurna mempunyai bahagian dalaman yang dibalut dengan kain untuk mengelak barangan emas daripada tercalar.

Anda juga perlu memastikan ketika disimpan, barangan emas tidak terbelit atau berada terlalu hampir sehingga boleh bergeser antara satu sama lain.

Memeriksa keadaan barangan kemas secara konsisten


Keadaan barangan kemas perlu sentiasa diperiksa terutama pada bahagian cangkuknya yang boleh rosak jika emas dibuka dan dipakai berulang kali.

Sekiranya cangkuk sudah lemah, barangan kemas boleh tercicir tanpa disedari terutama apabila sibuk melakukan urusan.

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan (HM)


Cara Untuk Mengekalkan Kilauan Emas 


1)Elakkan emas anda daripada terkena sabun(semasa membasuh pinggan mangkuk)dan klorin(terutamanya di kolam renang)kerana ia lama kelamaan akan memudarkan emas anda.

2)Jangan disimpan atau diletakkan bersama atau berdekatan dengan alat mekap seperti minyak wangi,gincu dan lain-lain.Kerana tindakbalas kimia(alat mekap) akan berlaku dengan barang emas,akan menyebabkan berlakunya tompokan kehitaman dan lain-lain.

Tips Mencuci Barang Kemas Daripada Emas


CARA 1:

Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Lepas tu guna berus gigi yang dah buruk tu tapi make sure berus gigi tu lembut tau (pastikan berus gigi kat kedai RM2)..hehehe. Bubuh ubat gigi sikit..korg cuci jela keliling barang kemas tu. Pastu bilas dan rendam semula dengan air selama se jam. Pastu keluarkan dan sejatkan atas kain kering.


Tips Cuci Emas


CARA 2:

Rendam barang-barang kemas dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian basuh dengan air biasa je. Keringkan dengan kain yang bersih.(hahaaa ni tentu anda akn fikir lama kn..So nak buat benda ni, buat malam sebelum tidur pastu confirm sekejap saja rasa).

CARA 3:

Rendamkan di dalam teh cina dan biarkan semalaman. Kemudian barulah rendam barang kemas tersebut. Selepas se jam anda bersihkan mcm biasa..tp lagi lama lagi bagus.

CARA 4:

Campurkan air asam jawa dan limau nipis, kemudian rendamkan barang kemas tersebut.


Tips Mencuci Barang Kemas Silver 


CARA 1:

Barang silver ni anda masih boleh follow cara di atas atas tu..Tapi ada 1 tambahan barang silver ni lagi senang nak cuci.

CARA 2:

Campurkan perahan limau nipis dan garam dalam semangkuk air kemudian anda boleh mencuci barangan perak tu terus..Bila telah dicuci anda akan nampak silau sebab berkilat..!

CARA 3:

Nak lagi senang terus tanggalkan saja gelang atau cincin anda tu kemudian masuk bilik air sambil nk mndi tu kena berus gigi kn..Tapi yang ni anda ambil la berus gigi yang dah buruk kemudian bubuh ubt gigi bagi mencuci barang silver tu..Terus berkilat..Jimat RM5..$$

Sumber: Facebook

Semoga apa yang dikongsikan di atas memberikan banyak manfaat kepada semua. Sebarkan info...

Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. saya pun guna ubat gigi jer bersihkan barang kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama seperti saya, pun guna ubat gigi untuk kilatkan barang kemas..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close