"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." - Allah berfirman dalam surat Al Israa 79-82
4 Janji Allah Kepada Orang Tahajjud
1. Allah akan angkatkan dia di tempat yang terbaik, dalam kerjayanya
2. Dipermudahkan segala urusannya di dunia
3. Diselesaikan masalahnya dari sumber yang tidak disangka-sangka
4. Dilindungi dia dari kecelakaan dan niat jahat orang lain ketika di dunia
Itulah 4 kemuliaan di dunia yang Allah berikan dan kurniakan kepada orang yang tahajjud di malam hari. Pengabdiannya di tengah malam sepi dan sunyi hanya memohon ampunan dan keredhaan Allah. Mampukah kita bangun di sepertiga malam lalu bermohon dan menangis menyesali perbuatan mungkar kita pada siang hari??
Di akhirat nanti ditempatkan di syurga tertinggi yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang bertahajjud di sepertiga malam.
Kalau susah nak bangun tahajjud di sepertiga malam, anda boleh perlahan-lahan niatkan dalam hati dahulu. Niat nak bangun tahajjud pun Allah dah berikan ganjaran pahala apakan pula bila terbangun dan terus melakukan tahajjud. Pasti Allah akan tunaikan janjinya kepada mereka yang terpilih itu.
Usahakanlah.. kerana solat tahajjud itu seperti panah yang mengena terus ke sasarannya. Maksudnya, sesiapa yang solat tahajjud dan kemudian menadah tangan memohon doa kepada Allah.. apa yang dikehendakinya, Insyaa Allah Dia akan kabulkan. Subhanallah..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.