Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional

Kita selalu dengar rungutan orang yang mengalami masalah ketiak hitam, ataupun kawasan leher dan celah peha.  Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau kerana penggunaan krim yang kurang sesuai.

Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional

Daun sireh banyak digunakan untuk rawatan kecantikan secara tradisional

Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam?

Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:


1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.

2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.

3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.

4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional 


1. Kapur sireh dan sebiji limau nipis

Cara-Caranya:

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Insya Allah, bukan setakat kesan hitam akan berkurangan, ketiak pun tidak berbau lagi. Boleh juga disapukan di kawasan leher dan celah peha. Mungkin ada rasa panas sedikit tetapi tidaklah melukakan kulit kita.  

2. Buah betik

Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3. Sirih dan beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Semoga apa yang dikongsikan tentang cara-cara hilangkan kesan hitam di celah peha, ketiak dan leher dapat memberikan manfaat kepada semua. Untuk mendapatkan pelbagai lagi rahsia cantik dalaman dan luaran, anda boleh baca koleksi petua di blog ini. 

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Nice tips..lg satu sy nk share,,biasanya kalo nk lebih mudah,sy amik facial tissue then sy tuangkan sikit johnson baby oil,,then apply kt celah2 kaki,siku,paha,n tmpt2 yg gelap..mmg cube setiap hari,alhamdulillah kesan gelap tu lelama jd pudar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih jugak sbb share tips yang simple, boleh cuba nanti...

      Delete
  2. Artis-artis pergi ke spa. Confirm. Kita yang bukan artis ni, kenelah buat mandi lulur sendirian berhad untuk cerah molek berseri. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close