Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat

Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat | Apa istimewanya Asam Pedas Johor hinggakan ia seakan jadi fenomena pula dalam dunia masa kan dan pencinta masakan tersebut? Haih! Panjang pulak mukaddimah saya ekk? Asam Pedas sebenarnya amat mudah untuk disediakan, menyihatkan, dan menyegarkan. Kalau nak tahu, masa zaman persekolahan dahulu, saya gemarkan Asam Pedas ayam yang disediakan di asrama. Sebab apa asrama sediakan asam pedas? Sebab ia amat mudah di masak. Betul kan?


Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat

 Mengikut pengalaman saya menyediakan asam pedas ala Johor, bahan-bahan asasnya sangat ringkas. Dan, daripada perbualan saya dengan seorang warga tua yang cintakan masakan asam pedas, sebenarnya asam pedas Johor tak perlu letak pelbagai bahan perisa tambahan seperti belacan, bunga kantan, ataupun tomato. Cukup dengan bahan asas sahaja. Betul ke?

Resepi Asli Asam Pedas Johor


Resepi berikut asalnya saya pinjam dari blog Puan Yati tetapi diubahsuai mengikut keaslian asam pedas Johor yang saya pelajari dari kecil dahulu.


Bahan-Bahan Asli


1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong sederhana besar
1 ikat daun kesum
1 batang serai - diketuk 
3/4 cawan air asam jawa (3 sudu besar asam jawa, dibancuh dengan 1/2 cawan air)
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar Asam Pedas Johor

1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Air secukupnya - lebih kurang 4 cawan

Bahan-bahan tambahan ikut suka;

2 biji tomato-belah 4
1 btng bunga kantan-belah 2
1/2 inci belacan - dibakar. (Untuk dicampur dalam bahan kisar)  

Cara-Cara Menyediakan Asam Pedas Johor Yang Asli 


  • Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. 
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan serai, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau perlahan-lahan.
  • Masukan air dalam 1 cawan dan biarkan mendidih. 
  • Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  • Tambah daun kesum.
  • Pekat atau cairnya kuah, bergantung citarasa masing-masing.
  • Tambahkan air dalam 3 cawan lagi. 
  • Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat

Boleh tambah tomato, bunga kantan dan sayur bendi (jika suka.) Asam pedas Johor yang asli tidak perlu tambah banyak bahan hiasan. Okay...

  
Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat
Kepala Ikan Merah 

Gambar kepala ikan merah yang hampir selesai diratah... hihi

Selamat mencuba resepi asli asam pedas Johor yang lazat. Dan, yang penting mudah!

Kongsikan jika suka, sebarkan bahagia.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

5 Comments

  1. hurrm....air tu masuk sekali time kisar bahan2 tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIR YG 4 CAWAN TU KE? AIR ITU UNTUK MASAK IKAN NANTI. MASA KISAR BAHAN MASUKKAN AIR SEDIKIT SUPAYA MUDAH DIKISAR.

      Delete
  2. Replies
    1. Masa tumis bahan-bahan kisar tu, maaf saya tertinggal pulak...nnti saya betulkan, TQ

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.