Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Berdoa Dengan Asmaul Husna | As Salaam

Berdoa Dengan Asmaul Husna ya saalam atau as salaam. Berdoa dengan al asmaul husnaa | Berdoa dengan nama-nama Allah yang mulia memang amat digalakkan oleh ajaran islam. Sebelum kita meminta Allah memakbulkan doa-doa kita, seharusnyalah kita memuliakan Allah Yang Maha Pemurah dengan kata-kata pujian.

Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | As Salaam


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:




2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Salaamu - dibaca 136 kali setiap hari


Ertinya: Dialah yang memegang keselamatan seluruh alam, dan hanya Dialah yang Maha Selamat dari segala cacat dan kekurangan. 

Bacalah setiap hari "Ya Salaamu" sebanyak 136 kali, insyaaAllah jasmani dan rohani kita akan terjaga dari segala penyakit, sehingga badan menjadi segar bugar dan sejahtera.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:




4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.



Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments