Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Jangan Kamu Menghina Saudaramu

Jangan kamu menghina saudaramu. Sesungguhnya semua MANUSIA adalah sama di sisi Allah. Menghina saudaramu bererti kamu juga menghina kejadian yang Allah ciptakan. Sebesar mana pun pangkatmu, setinggi manapun bangunanmu, sebanyak mana pun harta yang engkau miliki, segalanya ehsan dari Yang Maha Esa.

Janganlah engkau menghina saudaramu. "Sesungguhnya semua hati anak Adam itu berada di antara dua jari Sang Rahman bagaikan sekeping hati, Dia akan membolak-balikkannya sekehendak-Nya."

Kemudian, Rasulullah membaca doa,
"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, arahkan hati kami untuk selalu taat kepadaMu." - Hadis Riwayat Muslim   

 

Oleh itu jangan lah sewenang-wenangnya kita menghina sesama saudara Islam. Satu jari menunding kepada orang lain mungkin boleh jadi sepuluh jari kembali kepada kamu. Hati yang selalu penuh iri dan dengki tidak akan membawa ketenangan. Selalulah menjauhi hasad dalam pergaulan, kasihi saudaramu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri. 

Saudaramu, saudaraku jua. Saudara seagama. Islam agamaku. 

Justeru, kamu harus adil dengan dirimu sendiri. Mengasihi dirimu seolah-olah kamu akan mengasihi sekalian saudaramu. Penuhkan hatimu dengan cinta Tuhan, kelak kamu berupaya mencintai saudaramu yang lain pula. Bagaimana jika hatimu kosong tanpa cinta, tidakkah nanti kekosongan itu diisi oleh dendam dan hasad? Amarah dan dusta?

Luqman al-Hakim berpesan,
"Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya maka Allah akan menjadi pengawasnya dan siapa yang paling adil kepada dirinya maka Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya. Kehinaan (yang diterima) kerana taat kepada Allah lebih baik daripada kemuliaan yang di dapati kerana kemaksiatan kepada Allah."
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". QS.Luqman (31): 12).

Salam persaudaraan. Dari hati penuh cinta. Sebarkan bahagia.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments