Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

10 Petua Hidup Sentiasa Ceria

10 Petua Hidup Sentiasa Ceria - Hidup ini memang tidak sunyi daripada masalah. Dan, permasalahan yang dihadapi oleh setiap orang adalah berbeza-beza. Disebabkan menghadapi masalah, seseorang individu menjadi murung, pendiam, kurang bersemangat, emosi tak stabil dan sebagainya.

Namun begitu, setiap masalah mesti ada jalan penyelesainnya. Begitulah juga dengan sakit, setiap penyakit ada penawarnya. Kita mesti berusaha untuk mengatasi masalah tersebut agar hidup lebih ceria dan bersemangat.  

10 Petua Hidup Sentiasa Ceria


10 Petua Hidup Sentiasa Ceria


Tips atau petua sentiasa ceria yang saya kongsikan di bawah adalah kompilasi nasihat daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah, seorang pakar motivasi terkenal Malaysia. 10 petua atau tips hidup sentiasa ceria adalah seperti berikut:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw paling minima 100 kali sebelum tidur

3. Selalu mengerjakan solat sunat taubat

4. Selalu mengamalkan membaca al-Quran

5. Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari

6. Bisikkan kepada diri perkara-perkara yang positif

7. Programkan minda dan cuci minda setiap hari

8. Cuba melakukan puasa sunat

9. Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja

10. Jaga pancaindera daripada mendengar, melihat atau bercakap perkara yang tidak bermanfaat

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat menambah ilmu kita terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan yang bermanfaat samada di dunia mahupun AKHIRAT.

Sebarkan bahagia kerana Allah janjikan bahagia untuk semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.