Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Surah Yang Paling Istimewa Dalam Al Quran

Al Quran diturunkan sebagai panduan hidup kita di muka bumi ini. Al Quran dijadikan panduan dalam kehidupan seharian dari segenap aspek dan penyelesai banyak masalah manusia dan makhluk Allah yang lain di atas dunia ini.  Namun, di dalam al Quran terdapat satu surah yang amat istimewa sekali. Apakah surah yang paling istimewa di dalam al Quran?


Surah Yang Paling Istimewa Dalam Al Quran



Surah Yang Paling Istimewa Dalam Al Quran


Dari Abu Sa'id Rafi' Al Mu'alla ra. berkata: "Rasulullah saw bersabda kepadaku: "Mahukah kamu aku beritahu tentang surah yang paling istimewa dalam Al-Qur'an sebelum kamu keluar dari masjid?" Kemudian beliau memegang tangan saya; dan ketika kami hendak keluar saya berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya tuan tadi berjanji akan memberitahukan surah yang paling istimewa dalam Al-Qur'an kepada saya".

Beliau bersabda: "Al-hamdu lillaahi Rabbil-'aalamiin, iaitu tujuh ayat yang sering sekali dibaca dari Al-Qur'anul-'azhim yang telah diturunkan padaku". (Riwayat Bukhari)


Surah Al Fatihah



Surah Yang Paling Istimewa Dalam Al Quran


Terjemahan surah al Fatihah


1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Ya kawan-kawan dan sahabat sekalian. Surah al Fatihah lah surah yang paling istimewa dalam al Quran. Dari kecil hingga dewasa, kita tidak pernah lupa untuk membacanya. Ia adalah ayat pembuka kata kepada kalam Allah yang lain.

Surah al Fatihah mengandungi maksud yang amat dalam dan umpama ayat perjanjian kita kepada Allah swt. Di dalamnya ada dua bahagian maksud yang nyata iaitu puji-pujian kepada Yang Maha Pengasih dan Pemilik Alam ini iaitu Allah swt. Dan bahagian kedua pula kita berjanji hanya Allah yang kita sembah dan hanya kepadaNya lah kita memohon pertolongan.


Istimewanya Surah al Fatihah


Surah al Fatihah yang mengandungi 7 ayat terlalu istimewa kerana dengannya kita sering mengingati orang-orang yang kita sayang lalu menyedekahkan surah al Fatihah ini kepada mereka.

Jika hati tak tenang pun kita baca surah al Fatihah untuk terapi diri.

Bila rindukan seseorang pun kita boleh membaca surah al Fatihah, letakkan tangan di dada dan sebutlah nama mereka yang kita rindui, contohnya anak-anak, suami, isteri, ibu bapa dan sebagainya.

Semoga perkongsian tentang istimewanya surah al Fatihah ini dapat memberikan kita ilmu baru dan amalkannya untuk kebaikan hidup di dunia dan akhirat.

Sebarkan bahagia.



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close