Mencari aib seseorang saudara kamu yang lain lalu disebarkan kepada orang lain boleh membawa keburukan seperti fitnah, prasangka, berpecah belah dan yang paling kejam dari itu boleh membawa kepada berbunuh-bunuhan. Astagfirullah...

Jangan Mencari Aib Kaum Muslimin
Rasulullah saw telah bersabda:"Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan belum masuk keimanan dalam hatinya, jangan mencela kaum muslimin, jangan mencari-cari aib mereka, sebab barangsiapa mencari aib-aib saudaranya maka Allah akan mencari aibnya..."
Ingat ya, balasan yang diperolehi oleh seseorang sesuai dengan perbuatan yang dilakukannya.
Jadi, jika anda terfikir untuk membuka aib orang lain berfikirlah terlebih dahulu akan aib atau keburukan dirimu sendiri. Bayangkan jika ada orang menceritakan keburukan anda di luar sana, apa perasaan anda? Berasa malu? Tertekan? Dan hilang maruah diri? Begitulah juga dengan orang lain. Jadi berfikirlah secara waras sebelum menyebarkan aib-aib orang lain.
Simpan kebaikan, sorokkan keburukan. Sebarkan bahagia...

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.