Inilah logo aynorablogs.Com. Ada banyak maksud pada logo tersebut, warnanya dan bentuknya. Lain kali kita citer ya...


Air Detox Untuk Kurus Antara Carian Terbanyak Di Aynorablogs.Com Tahun 2015
Tahukah anda pentingnya artikel yang menjadi carian utama di Google?
Ya. Sangat penting agar apa yang anda tulis, sesuatu yang baik dan bermanfaat akan dapat disampaikan kepada audien yang ramai. Lebih ramai orang membaca kebaikan yang disampaikan, lebih banyak saham anda di akhirat kelak, insyaa Allah.
Tambahan pula, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan sampingan anda hingga ribuan ringgit dengan banyak iklan yang 'engaged' di blog kita. Cukup anda memasang iklan yang disukai ramai seperti Nuffnang & juga Google AdSense. Dengan 2 gergasi iklan ni saja, saya menjana part time income sehingga 4 angka sebulan. Alhamdulillah.
Bagaimana nak jadikan artikel kita mesra SEO?
Mudah saja, sebenarnya kekawan. Belajar asas SEO dan buat 3 langkah aje dalam artikel anda. Iaitu, tulis artikel lebih 300 patah perkataan, letakkan heading tag yang betul dan letak nama imej (alt title tag) yang tepat. Itu antara asas yang mesti saya buat pada artikel-artikel saya.
Yang lain-lain berkaitan ilmu SEO, anda kena banyak cari dan pelajari. Kemudian praktikkan. Ilmu tanpa praktikal ia akan lapuk dan lusuh. Lama-lama hilang tidak berfungsi. Yang penting, amalkan.
Semoga berjaya. Sebarkan bahagia jika anda mahu semua orang pun bahagia..;)

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.