Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Kenal Pasti Jika Rakan Kita Sedang Hadapi Masalah

Ini adalah tips tentang rakan sekerja. Cara untuk kenalpasti jika rakan sekerja sedang hadapi masalah. Bila dah bekerja bersama-sama lebih dari 3 tahun, kita boleh mengagak jika rakan kita itu sedang dilanda masalah. Orang kata, sekilas ikan dilaut, sudah ku tahu jantan betinanya..hihi

Salah satu masalah utama pekerja adalah stress. Mengikut satu kajian (oleh pelajar UM), ‘Stress’ kerja adalah sesuatu yang bukan asing bagi pekerja di mana-mana organisasi. Contohnya, Institut Maklumat Kesihatan Kanada melaporkan lebih daripada ¼ pekerja di seluruh negara tersebut mengalami tahap ‘stress’ yang tinggi (Derfel, 2003). Di negara Jepun pula yang memantau ‘stress’ kerja di kalangan pekerja setiap 5 tahun mendapati, peratusan pekerja Jepun yang merasa sangat ‘stress’ di tempat kerja telah meningkat daripada 51% dalam tahun 1982 kepada lebih kurang ⅔ daripada populasi Jepun kini (Kawakami, 2000). Fenomena ‘stress’ merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja. Menurut Randolfi (1996), kesan daripada ‘stress’ yang terlalu tinggi di kalangan pekerja mengakibatkan kesan psikologi seperti bimbang, bosan, rendah keyakinan diri, murung, marah, pelupa dan rasa bersalah.


Cara Kenal Pasti Jika Rakan Kita Sedang Hadapi Masalah


Cara Kenal Pasti Jika Rakan Kita Sedang Hadapi Masalah


Kalau rakan sekerja kita tiba-tiba jadi pendiam, itu tandanya dia menghadapi masalah. Fikirannya runsing untuk menyelesaikan masalah. Tetapi dia tidak berani mengadu dengan kita bimbang ditertawakan. Sebab...rakan sekerja ni kekadang kuat menyakat rakannya yang lain.

Ketawa yang dibuat-buat, tidak natural. Bila kita ajak berbual atau berbincang, fikirannya tidak fokus. Orang yang tidak fokus ni, boleh lihat dari caranya menjawab pertanyaan, kosentrasi pada kerja merosot dan sering buat silap. Itu tandanya rakan anda sedang ada masalah.

Yang ketiga ni, bila rakan sekerja kita asyik masuk toilet, itu tandanya beliau sedang hadapi masalah. Mungkin nak menangis, sebab bila depan rakan-rakan mestilah tak selesa untuk mengeluarkan airmata. Itu tandanya sedang kecewa dalam bercinta. Atau ditinggalkan oleh orang yang disayangi. Mungkin juga kehilangan ahli keluarga terdekat.

Kerap bergayut di media sosial seperti FB, instagram, whatsapp dan lain-lain. Yang ini mungkin rakan sekerja anda ada masalah dengan rakan sekolahnya atau e-lovernya. Mungkin dia nak siasat tentang kekasih mayanya yang dikenali di internet. Asyik menghadap handphone ataupun komputer. Masalah ini lagi rumit, kadang-kadang dia boleh ketawa dan senyum sorang-sorang.

So, bila dah tahu rakan anda itu ada masalah, jangan desak beliau untuk bercerita. Berilah dia sedikit masa. Bila tiba saat yang sesuai, tegur rakan sekerja anda dengan cara yang betul. Jika salah tindakan, mungkin dia akan semakin stress.  Masalah kecil jadi besar.

Ajak rakan anda minum dan berbincang secara santai. Jangan malukannya di hadapan rakan yang lain. Cuba bantu beliau selesaikan masalah yang dihadapi. Jadi pendengar yang setia, itu lebih baik.

Selain itu, mungkin boleh suruh rakan sekerja anda yang bermasalah itu ambil cuti rehat. Bukannya apa...jika di pejabat pun tidak boleh bekerja malah menganggu tumpun rakan-rakan yang lain. Berehat dan tenangkan fikiran adalah cara terbaik mengurangkan stress di tempat kerja.

Ok. Selamat berusaha. Kurangkan stress dengan lebihkan rehat dan sentiasa berlapang fikiran. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tak boleh cara A, kita boleh pilih pelan B hingga Z. heheh....

#sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close